Kalau anda antara pelanggan yang selalu singgah FamilyMart untuk membeli makanan, kopi atau sekadar mencari snek kegemaran, sambutan ulang tahun ke-10 jenama ini memang sesuatu yang dekat di hati. MURAI sendiri berpeluang hadir ke acara istimewa FamilyMart Malaysia di Orange Concourse, Sunway Pyramid dan jujurnya, banyak perkara menarik boleh diterokai di sini!
10 Tahun FamilyMart, Bukan Sekadar Kedai Serbaneka
MURAI sempat mendengar ucapan daripada Chia Lik Khai, Ketua Pegawai Eksekutif FamilyMart Malaysia, yang berkongsi perjalanan jenama ini sejak mula bertapak di Malaysia pada 11 November 2016.

Main Cop, Kumpul Stamp dan Terokai FamilyMart!
Apa yang membuatkan acara ini lebih menarik bukan sekadar ucapan atau pelancaran produk baharu. Pengunjung juga boleh mencuba aktiviti interaktif termasuk permainan cop-cop stamp yang membuatkan MURAI rasa seronok menerokai setiap ruang yang disediakan.
Kalau datang bersama keluarga, memang ada banyak ruang untuk berseronok sambil mengenali FamilyMart dengan cara lebih dekat. Bukan sekadar masuk, beli makanan dan terus balik seperti rutin biasa.
Kopi Baharu, Oden dan Sofuto Jadi Tarikan
FamilyMart turut memperkenalkan konsep baharu Life is Good with FamilyMart yang membawa tiga tunjang utama, iaitu Good Choices, Good Quality dan Good Moments.
Antara yang mencuri perhatian MURAI ialah Everyday Craft Coffee dengan dua pilihan baharu, Sumiyaki yang mempunyai rasa lebih pekat dan Kinu yang lembut serta sesuai untuk latte. Lebih menarik, kopi ini ditawarkan pada harga pengenalan RM0.99 sebelum harga biasa bermula RM3.90.
Peminat oden pula boleh mencuba lima pilihan kuah termasuk Laksa Kahwin, Creamy Mala dan Tom Yum. Untuk pencuci mulut, ada brown sugar boba sofuto serta sea salt sofuto yang kembali memenuhi permintaan pelanggan.
Koleksi Eksklusif dan Ganjaran Untuk FAM
Bukan itu sahaja, MURAI turut berpeluang melihat pratonton koleksi FAMIMA by NIGO yang dikurasi pereka fesyen terkenal dari Jepun serta koleksi Famibara yang direka khas untuk peminat FamilyMart di Malaysia.
Kedua-duanya boleh dilihat menerusi mini store di lokasi acara sebelum pelancaran rasmi pada Disember 2026.
Bagi yang suka tawaran menarik, ada kombo ulang tahun RM10 yang menampilkan snek dan teh FamilyMart Collection. Pengguna baharu aplikasi MY FamilyMart pula boleh menikmati pek e-baucar alu-aluan bernilai RM100. Ahli sedia ada juga boleh menantikan Member Day pada 10 dan 11 November dengan tawaran bermula RM0.10.
Jangan Lepaskan Peluang Singgah!
Sambutan ini berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid sehingga 9 November 2026.
Bagi MURAI, sambutan kali ini terasa lebih daripada sekadar meraikan usia sebuah jenama. Ia menggabungkan makanan, aktiviti interaktif, koleksi eksklusif dan ganjaran untuk pelanggan setia.
Jadi, kalau anda pengguna tegar FamilyMart seperti MURAI, memang rugi kalau tak singgah. Apa kata ajak keluarga sekali? Mana tahu, kunjungan yang biasanya sekadar membeli onigiri atau kopi kali ini bertukar menjadi pengalaman hujung minggu yang menyeronokkan!















