Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Janna Nick Tak Percaya Warisi Saka Keturunan, Ashraf Muslim Bersilat Bantu Buang Jin Dalam Badan

by Puteri Alia
August 24, 2024
Share on Facebook

Pelakon terkenal Janna Nick baru-baru ini mendedahkan satu pengalaman peribadi yang jarang-jarang diceritakan dalam kalangan selebriti.

Menerusi satu perkongsian dalam sebuah audio siar, Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 29, berkongsi bagaimana dia pernah menerima bantuan daripada rakan seperjuangannya, Ashraf Muslim, untuk membuang saka dalam dirinya, yang diwarisi tanpa disedari beberapa tahun lalu.

Janna, yang dikenali dengan sikap terbuka dan lantangnya, mengakui bahawa meskipun kurang percaya terhadap perkara ghaib, dia tetap akur menjalani rawatan perubatan Islam yang dilakukan oleh Ashraf. Menurutnya, langkah ini diambil untuk mengelakkan ‘benda’ tersebut daripada terus bersarang dalam dirinya.

“Saya ‘shoot’ dengan Ashraf Muslim, dia suka cakap dengan orang sebelah saya, tapi tak tahu siapa. Saya sangka dia sengaja nak tunjuk ada ilmu,” kata Janna, memulakan ceritanya.

Sepanjang penggambaran, Janna merasakan ada sesuatu yang ganjil apabila Ashraf sering berinteraksi dengan ‘orang’ yang tidak kelihatan. Dia pada mulanya menganggap Ashraf sekadar berseloroh atau mahu menunjukkan kemahirannya dalam bidang ilmu ghaib.

Namun, perasaan curiga Janna semakin memuncak apabila Ashraf memaklumkan bahawa dia menghadapi kesukaran untuk berlatih dialog bersama Janna kerana gangguan yang tidak dapat dilihat.

“Habis ‘shooting’ dia suruh saya pakai telekung, tak sentuh saya pun, lepas itu dia periksa (dan) cakap, famili awak ada saka. Dia tanya nak buang atau tidak,” jelas Janna.

Pada mulanya, Janna sukar untuk mempercayai kata-kata Ashraf. Dia bertanya kepada Ashraf apa beza jika saka itu dibuang atau tidak, dan Ashraf menjelaskan bahawa benda itu hidup dalam darah dan jika tidak dibuang, seseorang itu akan mudah sakit dan sukar menerima ilmu agama.

Topik Berkaitan Azar Azmi Luah Rasa Terharu Dengan Kejutan Janna Nick-"Terima Kasih Menyinari Dunia Saya.."

Dengan rasa ingin tahu, Janna bersetuju untuk membuang saka tersebut. Dia ingin melihat bagaimana proses itu dilakukan walaupun pada masa itu, dia masih tidak mempercayai sepenuhnya apa yang diberitahu oleh Ashraf.

“Saya suruh sahaja dia buang sebab saya tak percaya, nak tengok dia buang macam mana. Masa dia buang saya tak rasa apa-apa pun. Ashraf lawan benda besar itu macam bersilat satu bilik,” ujarnya, menggambarkan betapa intensifnya pertempuran antara Ashraf dan entiti ghaib tersebut.

Meskipun Janna tidak merasakan apa-apa kesan fizikal semasa proses itu, dia terpegun melihat Ashraf seolah-olah bertarung dengan entiti yang tidak kelihatan. Malah, Janna turut menyaksikan Ashraf menggunakan keris ghaib untuk ‘menikam’ entiti tersebut sehingga ia ‘mati’.

Namun, pengalaman itu tidak sepenuhnya mengubah pandangan Janna terhadap alam ghaib. Walaupun dia tidak percaya pada awalnya, Janna mengakui bahawa selepas kejadian tersebut, dia mula berdepan dengan pelbagai insiden misteri yang membuka matanya terhadap kewujudan alam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Bayangkan saya tak percaya benda tu (tapi) dari detik itu saya mula faham alam ghaib. Kalau Ashraf tak buang saka mungkin saya tak lalui masalah alam ghaib ini,” ujarnya.

Meskipun begitu, Janna tetap berseloroh menyalahkan Ashraf Muslim atas pengalaman-pengalaman ghaib yang dialaminya selepas proses membuang saka itu.

Topik Berkaitan [VIDEO] Janna Nick Hampir Di-'Scam', Suami Menyamar & Dakwa Azar Azmi Hidapi Kanser

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann ini tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai pengalaman misteri tersebut, membiarkan peminat-peminatnya terus tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya terjadi selepas itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ashraf Muslimjanna nickJanna Nick ada saka
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Spotlight

Diva M Kini Divo M, Apa Sebenarnya Di Sebalik Pertukaran Nama Ini?

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Nama Diva M mungkin sudah biasa dalam kalangan pengikut media sosial, namun kini beliau tampil dengan identiti baharu sebagai Divo...

Read moreDetails
Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang...

Read moreDetails
PAI Anisha Rosnah
Spotlight

Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

by Nurul A.
November 9, 2026

Pengiran Muda Abdul Mateen dan isterinya Pengiran Anak Isteri (PAI) Anisha Rosnah telah mencuri perhatian semasa menghadiri ulang tahun ke-80...

Read moreDetails
Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Cardi B
Spotlight

[VIDEO] “I Don’t Cook, I Don’t Clean?”- Peminat Usik Cardi B Sibuk Cuci Rumah Nenek

by Nurul A.
October 15, 2026

Penyanyi rap, Cardi B mencuri perhatian ramai selepas sebuah video tular memaparkan dirinya sedang sibuk mencuci rumah neneknya di Republik...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara