Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Kongsi Perjalanan 10 Tahun, Ramai Puji Khairul Aming Beri Inspirasi

Saban tahun, nama pempengaruh bidang masakan, Khairul Aming semakin melonjak selain perniagaan sambalnya yang digilai ramai.

by Arsiqin Yusof
September 26, 2022
Share on Facebook

Saban tahun, nama pempengaruh bidang masakan, Khairul Aming semakin melonjak selain perniagaan sambalnya yang digilai ramai.

Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-30 semalam, Aming berkongsi video gabungan yang memaparkan perjalanan hidupnya dari usia 20 hingga 30 tahun.

“Hari ini adalah ulang tahun kelahiran saya yang ke-30, akhirnya dah masuk ‘3-series’.

“Saya buat video ini untuk gabungkan perjalanan hidup dari umur 20 ke umur 30. Sepuluh tahun yang penuh dengan macam-macam memori. Terima kasih kepada setiap orang yang menjadi bahagian dalam perjalanan itu,” coretnya di Instagram.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Aming termasuk rakan selebriti meninggalkan komen positif bersulam ucapan hari lahir buatnya.

“Sangat memberi inspirasi, Selamat Hari Lahir,” tulis aktres dan pengacara Mira Filzah.

“Saya sangat bangga dengan awak, Selamat Hari Lahir Aming, nanti kita sambut,” komen Azfar Heri pula.

“Perjalanan yang indah, benar-benar memberi inspirasi,” tulis Syafiqah Aina pula.

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Murai MY juga mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Khairul Aming, semoga panjang umur, murah rezeki dan terus sukses!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Khairul Aming
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Bermimpi Tentang Biduanita Negara, Respon Siti Nurhaliza Buat Ramai Tersenyum

  2. 2

    VIDEO Pelukan Tun Siti Hasmah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah Undang Air Mata Netizen

  3. 3

    “Tak Perlu Sampai Tampar”- Video Anggota Polis Kejutkan Warga Emas Tidur Cetus Kemarahan Netizen

  4. 4

    Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara