Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Norreen Iman Kongsi Pesanan Pengurus, Buat Netizen Tersentuh!

by Naddy Joe
May 4, 2026
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan personaliti, Norreen Iman mencuri perhatian netizen selepas membuat perkongsian mengenai pesanan pengurusnya, Brian mengenai kesabaran dalam kehidupan.

Norreen menerusi hantaran di Thread, menceritakan bahawa Brian meskipun bukan beragama Islam, dia boleh membaca surah Al-Fatihah dengan lancar selain sentiasa menitipkan pesanan mengenai kesabaran kerana ada syurga yang menanti.

“Manager aku, nama dia Brian. Dia cina tapi surah al fatihah pun dia boleh baca. Punya hebat lah kan 😅Dia baik sangat. Dia selalu ingatkan aku pasal sabar.

Tapi dia cakap, zaman sekarang, bukan lagi ‘sabar separuh dari iman’. Tapi ‘bersabar sebab ada syurga yang menanti’.  Aku macam…. deep level leleh air mata dia bagi. Terima kasih lah Brian.”-Kongsi Norreen di Thread

“Jangan Putus Asa, Asbab Dari Allah…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui rasa tersentuh dengan nasihat Brian, malah ada yang turut mendoakan agar pengurusnya itu diberi hidayah untuk memeluk Islam.

“Jangan putus asa, asbab dari Allah, maka digunakan Brian untuk ingatkan awak dik. Ingat ramai orang sayangkan awak, be strong, jangan memikirkan sesuatu yang belum pasti. Terus berjuang dalam apa-apa pun halangan. May Allah bless you and your family.”

“Terima kasih, pada saya, saya tak memandang latar belakang dan status sesiapa. Kata-kata nasihat yang deep, sampai sekarang melekat ke hari ini. Saya memandang, itu teguran dari Allah.”

“Terkadang orang kafir lagi bersabar dari orang Islam, tak semua, dan attitude mereka lagi mulia dari kita.”

“Alhamdulillah bila hadirnya orang baik-baik dekat dengan kita. Semoga Allah SWT memberikan hidayah buat Brian.”

Sekadar info, Norreen Iman memilih untuk berdiam diri mengenai status rumah tangganya bersama suami, Raizi Razak selepas dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai.

Topik Berkaitan "Boleh Hidup Bahagia & Abai Anak"- Norreen Iman Marah Bekas Suami?

Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
1
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
norreen iman
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Bekas suami Nora Danish, Muhammad Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bos Ned, baru-baru ini mencuri perhatian selepas berkongsi satu...

Read moreDetails
Spotlight

4 Drama Baharu TV AlHijrah Ini Bawa Cerita Islamik Dengan Cara Berbeza

by Phic ARMAN
September 11, 2026

Kalau anda fikir kandungan Islamik hanya berkisar tentang ceramah atau kisah agama yang serius, mungkin sudah tiba masa untuk ubah...

Read moreDetails
Foto - @cristiano (IG)
Spotlight

Rasa Tertipu! 2000 Peminat Sangka Cristiano Ronaldo Kahwin Rupanya Pengantin Lain

by Nurul A.
August 11, 2026

Seramai 2000 peminat berhimpun di luar sebuah gereja untuk menyaksikan perkahwinan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez....

Read moreDetails
Spotlight

Nourul Depp Jawab Kekeliruan Kemenangan ‘Keliru’ Di AJL-17

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Siapa sangka, lagu Keliru yang pernah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat ketika Anugerah Juara Lagu (AJL), masih menjadi cerita...

Read moreDetails
Spotlight

Nam Ron Jadi Antara Wajah Pilihan UNIQLO, Gayakan Siri EZY Jeans

by Phic ARMAN
September 13, 2026

Siapa kata jeans hanya sesuai untuk satu gaya? Bagi pelakon Nam Ron, denim boleh digayakan mengikut personaliti dan cara tersendiri....

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

  4. 4

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara