Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Apa Kaitan SUV Dengan Dunia Fesyen? OMODA C7 Ada Jawapannya

by Phic ARMAN
July 28, 2026
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila dengar Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), mestilah yang terlintas di fikiran ialah koleksi pakaian, model dan pereka fesyen. Jadi bila OMODA & JAECOO Malaysia diumumkan sebagai Official Automotive Partner tahun ini, ramai mungkin tertanya-tanya… apa kaitan sebuah SUV dengan pentas fesyen?

Sebenarnya, jawapannya cukup mudah. Kedua-duanya berkongsi satu elemen penting, rekaan yang berani dan inovatif.Hari ini, kereta bukan lagi sekadar pengangkutan dari titik A ke titik B. Bagi ramai orang, kereta mencerminkan personaliti, cita rasa dan gaya hidup, sama seperti pakaian yang dipakai.

Di sinilah OMODA melihat persamaan dengan KLFW. Kedua-duanya meraikan rekaan yang berani, kreativiti dan inovasi. Sebab itu OMODA C7 dipilih untuk membuat kemunculan pertama kepada orang ramai di pentas yang sinonim dengan trend dan gaya.

Bagi MURAI, kalau dulu orang memilih kereta berdasarkan kuasa enjin semata-mata, sekarang faktor rekaan, teknologi dan identiti jenama juga memainkan peranan besar. OMODA C7 jelas menyasarkan golongan muda profesional dan mereka yang mementingkan estetika dalam kehidupan seharian.

OMODA C7: Bukan Sekadar Cantik, Teknologi Pun Seiring

Apa Kaitan SUV Dengan Dunia Fesyen? OMODA C7

Mengangkat falsafah “Art in Motion”, OMODA C7 hadir dengan rekaan futuristik menerusi bahagian hadapan ala shark nose, lampu LED moden, gril parametrik dan rim aloi 20 inci yang memberikan imej premium.

Di bahagian dalam pula, SUV ini menawarkan skrin infotainmen 15.6 inci, pengecas tanpa wayar 50W serta pilihan enjin 1.6L turbo atau varian plug-in hybrid (PHEV) yang menggunakan Super Hybrid System (SHS).

Kolaborasi Yang Ada Ceritanya

Apa Kaitan SUV Dengan Dunia Fesyen? OMODA C7

Bukan itu sahaja, OMODA & JAECOO turut bekerjasama dengan jenama fesyen tempatan BEHATI, yang terkenal dengan gabungan elemen tradisional Malaysia dan sentuhan streetwear moden. Kolaborasi ini menunjukkan bahawa OMODA bukan sekadar mahu menjual sebuah SUV, tetapi mahu membina imej sebagai jenama yang dekat dengan dunia fesyen, kreativiti dan gaya hidup moden.

Bermula 3 hingga 9 Ogos 2026, orang ramai boleh melihat sendiri OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV di KLFW serta pameran awam di Suria KLCC.

Pada pandangan MURAI, KLFW bukan sekadar lokasi pelancaran. Ia adalah pentas paling sesuai untuk memperkenalkan OMODA C7 kepada mereka yang melihat kereta bukan hanya sebagai kenderaan, tetapi juga sebagai satu fashion statement. Itu sebabnya kerjasama ini nampak begitu serasi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
4
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW)
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

5 Alasan Galaxy Tab S12 Patut Jadi Pilihan Student, Harga Khas & Aksesori Percuma Menanti!

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Kehidupan sebagai pelajar universiti bukan sekadar hadir kuliah dan menyiapkan assignment. Ada presentation, kerja berkumpulan, nota yang perlu disusun dan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bil Elektrik Makin Tinggi? SK magic Perkenalkan Penyaman Udara Pertama, Siap Ada Kalkulator

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Bila cuaca panas, penyaman udara memang menjadi penyelamat. Tetapi apabila bil elektrik sampai, boleh pula rasa bahang lain macam! Memahami...

Read moreDetails
Solat Subuh
IbuBapa

Anak Susah Nak Bangun Solat Subuh? Mak Ayah Wajib Cuba Trik Johan & Ozlynn Ini…

by Nurul A.
October 23, 2026

Setiap ibu bapa tak dinafikan memiliki acuan mereka sendiri dalam mendidik dan membesarkan anak. Sama juga seperti pasangan selebriti, Johan...

Read moreDetails
LifeXplore

AIM25 Cecah 24.5 Juta Tontonan, TVS Buktikan Sarawak Boleh Gegarkan Pentas Nasional

by Phic ARMAN
October 4, 2026

Siapa kata acara besar mesti berlangsung di Kuala Lumpur baru boleh mencuri perhatian seluruh negara? Buktinya, Anugerah Industri Muzik ke-25...

Read moreDetails
Hello Kitty
LifeXplore

Seram! Hello Kitty & 4 Animasi Ini Ada Kaitan Dengan Iblis?

by Nurul A.
November 3, 2026

Selain kanak-kanak, orang dewasa juga suka menonton siri animasi. Sehinggakan ada yang menjadi peminat setia beberapa watak dalam siri animasi....

Read moreDetails
LifeXplore

Ingatkan Cermin Mata Biasa, Rupanya Ada AI! Ini 5 Ciri Samsung Intelligent Eyewear Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Selama ini, cermin mata mungkin sekadar aksesori untuk melengkapkan penampilan atau membantu penglihatan. Tetapi Samsung mahu mengubah perspektif itu menerusi...

Read moreDetails
Hari Kesihatan Mental Sedunia
LifeXplore

Kerja Seronok Tapi Mental Penat? Cuba Tanya Diri Kamu 5 Soalan Ini!

by Nurul A.
October 9, 2026

Jatuh pada 10 Oktober setiap tahun, Hari Kesihatan Mental Sedunia merupakan peringatan untuk kita meneliti semula bagaimana pekerjaan boleh mempengaruhi...

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia Buka Semula Laluan Ahmedabad & Amritsar

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Kalau India sudah lama masuk dalam travel bucket list anda tetapi asyik tertangguh sebab fikir bajet, mungkin ini masa untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

TalentCorp Perkenal MyBakat, Himpunkan 3,000 Peserta Dalam Minggu MyBakat 2026

by Phic ARMAN
October 9, 2026

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) memperkenalkan MyBakat sebagai langkah baharu memperkukuh pembangunan bakat tempatan, seiring perubahan ekonomi dan keperluan industri...

Read moreDetails
Ayam Brand™
LifeXplore

Bukan Sekadar Bekal, Ayam Brand™ Bawa Misi Bentuk Generasi Sihat

by Nurul A.
November 8, 2026

Ayam Brand™, jenama yang tidak asing lagi dengan sejarah lebih 130 tahun, telah melengkapkan inisiatif CSR terbaharunya, #AyamBersamaMu: Bekal Sihat...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara