Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Pecah Rekod Malaysia Book of Records, RichWorks Buktikan Usahawan Tempatan Boleh Pergi Jauh

by Phic ARMAN
April 30, 2026
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam keadaan ekonomi yang makin mencabar, ramai usahawan sebenarnya sedang ‘berperang’ dalam diam kos makin naik, pasaran pula berubah sekelip mata. Tapi di sebalik semua tekanan ini, muncul satu kisah yang buat ramai kagum. Syarikat bimbingan usahawan, RichWorks Group Holdings Berhad akhirnya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya melakar nama dalam Malaysia Book of Records sebagai penyedia program pementoran keusahawanan PMKS terbesar di Malaysia.

Bukan sembang kosong, rekod ini datang dengan angka yang cukup ‘padu’. Sejak 2021 hingga Februari 2026, seramai 4,302 usahawan di bawah bimbingan mereka berjaya menjana jualan terkumpul sebanyak RM15.1 bilion. Ya, bilion bukan juta. Angka ini secara tak langsung jadi bukti bahawa apa yang dilakukan bukan sekadar teori, tapi benar-benar menjadi.

Rahsia di sebalik kejayaan

Menurut mentor usahawan terkenal, Azizan Osman, pencapaian ini sebenarnya lebih besar daripada sekadar nombor di atas kertas.

Katanya, apa yang berlaku adalah perubahan menyeluruh daripada cara fikir, kepimpinan sehinggalah strategi bisnes usahawan itu sendiri.

Bila diselami, rahsia di sebalik kejayaan ini bukanlah sesuatu yang terlalu ‘misteri’. Pendekatan yang digunakan RichWorks lebih kepada membina usahawan dari dalam bukan hanya ajar cara buat duit, tapi ajar cara berfikir, urus tekanan dan kekal konsisten walaupun keadaan tak menentu.

Dalam bahasa mudah, bukan sekadar berniaga, tapi jadi usahawan yang tahan lasak.

Topik Berkaitan Aglow Clinic Cipta Penanda Aras Baharu Dengan Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Menariknya, kejayaan ini bukan penamat. Sebaliknya, ia jadi ‘pemanas badan’ kepada langkah seterusnya menerusi program “Potensi 2026: Kenali & Kuasai Potensi Diri, Wang dan Bisnes” yang bakal berlangsung Mei ini.

Program ini dilihat sebagai sambungan kepada apa yang sudah terbukti menjadi, cuma kali ini dengan pendekatan yang lebih relevan dengan cabaran ekonomi semasa.

Apa yang MURAI nampak, pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini bukan sekadar trofi untuk dipamerkan. Ia lebih kepada ‘cop rasmi’ bahawa usaha membimbing usahawan secara serius dan konsisten memang boleh membuahkan hasil.

Dalam dunia bisnes yang penuh ketidaktentuan, kisah seperti ini sekurang-kurangnya beri satu mesej jelas, usahawan tempatan bukan tak mampu, cuma perlukan arah, strategi dan mindset yang betul untuk pergi lebih jauh.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Azizan OsmanMalaysia book of recordsRichWorks Group Holdings Berhad
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
LifeXplore

Tak Perlu Download Aplikasi Lain, Kini Boleh Guna DuitNow QR CIMB Di 9 Negara!

by Phic ARMAN
November 3, 2026

Merancang percutian ke luar negara selepas ini? Ada berita baik buat pengguna CIMB OCTO! Kini, urusan pembayaran ketika melancong menjadi...

Read moreDetails
LifeXplore

Isu Luahan Panas! Pemilik Jenama Pakaian Terkenal Mahu Lamar Jepp Sepahtu Jadi Duta

by Phic ARMAN
October 9, 2026

Nama Jep Sepahtu kembali menjadi bualan hangat di Threads susulan kemelut persahabatannya dengan Shuib. Namun, di sebalik isu yang semakin...

Read moreDetails
LifeXplore

200MP Jadi Taruhan! Mampukah HUAWEI nova 16s Pro Pikat Peminat Fotografi?

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Dalam dunia yang semuanya mahu dikongsi di media sosial, kualiti gambar sememangnya menjadi antara perkara penting ketika memilih telefon pintar....

Read moreDetails
LifeXplore

Niezam Zaidi Tinggalkan Watak ‘Red Flag’

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Kalau anda fikir Sumpahan Mencintai sekadar kisah lelaki benci perempuan sebelum akhirnya jatuh cinta, mungkin kena tunggu dulu. Drama arahan...

Read moreDetails
LifeXplore

FamilyMart Makin Meriah! 10 Tahun Di Malaysia, Kini Tampil Dengan Pengalaman Baharu

by Phic ARMAN
November 7, 2026

Kalau anda antara pelanggan yang selalu singgah FamilyMart untuk membeli makanan, kopi atau sekadar mencari snek kegemaran, sambutan ulang tahun...

Read moreDetails
Foto - @esteelaudermy (IG)
LifeXplore

Jangan Sampai Terlambat! Estée Lauder Malaysia Seru Wanita Prihatin Kanser Payudara

by Nurul A.
October 9, 2026

Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia meneruskan Kempen Kanser Payudara tahunannya bagi tahun 2026 dengan mesej "Penjagaan Payudara ialah Penjagaan Diri"...

Read moreDetails
YM Che Puan Sarimah
Kecantikan

Makin Glowing? Intai Tip Kecantikan YM Che Puan Sarimah Ibrahim

by Nurul A.
October 31, 2026

Selebriti kacukan Irish-Melayu, Yang Mulia (YM) Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya seorang wanita yang sangat cantik. Memiliki kulit putih kemerahan...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Bercuti Ke Negara Sejuk? Ini 5 Cara Maksimumkan Penggunaan HEATTECH

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Percutian hujung tahun ke negara bermusim sejuk sememangnya menjadi impian ramai rakyat Malaysia. Maklumlah, selepas berbulan-bulan berdepan cuaca panas dan...

Read moreDetails
LifeXplore

Datuk Mokhzani Dedah Cabaran Iringi Siti Nurhaliza,- “Beliau Tidak Datang Latihan Tapi…”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Bukan calang-calang penyanyi yang mampu membuatkan seorang pengarah muzik berdepan cabaran mengiringi persembahan secara langsung tanpa latihan terlebih dahulu. Namun,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara