Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Peminat Diberi Peluang Lakukan Penghormatan Terakhir Buat Goo Hara

by Khai Azfar
November 26, 2019
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Kematian bekas ahli kumpulan KARA, Goo Hara ternyata mengejutkan dunia apabila dia ditemui meninggal dunia pada Ahad di kediamannya.

Biarpun tidak dapat dipastikan punca kematiannya, ramai yang mendakwa penyanyi berusia 28 tahun ini telah membunuh diri ekoran tekanan perasaan yang dialami sebelum ini apatah lagi turut terkesan dengan pemergian sahabat baiknya, Sulli yang ditemui tergantung dirumahnya juga kerana membunuh diri.

Agensi Sediakan Tempat Khas Buat Peminat 

Bagi melakukan penghormatan terakhir, pihak Agency Goo Hara telah menyediakan sebuah tempat khas buat peminat-peminat.

Sebuah sidang media dan juga upacara penghormatan terakhir akan dibuat di Dewan 1, Dewan Pemakaman St. Mary, Daerah Gangnam bermula pada pukul 3 petang mulai hari ini hingga ke tengah malam Rabu(27 November).

Manakala untuk ahli keluarga dan sahabat terdekat akan memberi penghormatan terakhir di lokasi berbeza dipercayai di Yonsei Severance Hospital Funeral Hall dimana upacara pengebumian peribadi akan dijalankan.

Temui Nota Catatan Goo Hara 

Sehubungan dengan itu, pihak polis masih lagi tidak dapat memberi keputusan mengenai punca kematian bintang K-Pop itu namun telah menjumpai catatan tulisan tangan dipercayai miliknya.

Nota tersebut telah ditemui di meja ruang tamu selepas Goo Hara ditemui oleh pembantu rumah dalam keadaan tidak bernyawa. Hasil siasatan turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kematiannya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Goo Hara
Share10Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara