Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

by Phic ARMAN
July 14, 2026
176
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam keterujaan rakyat Malaysia apabila bintang Hollywood, Mark Wahlberg dilaporkan menjalani penggambaran filem terbaharu Netflix, The Big Fix di Pulau Pinang, muncul pula satu pandangan yang membuatkan ramai berhenti seketika untuk berfikir.

Bukan semua melihat kehadiran pelakon Transformers itu sebagai sesuatu yang perlu diraikan 100 peratus. Ada juga yang menganggap pengalaman lalu membuktikan Hollywood tidak semestinya memaparkan Malaysia seperti realiti sebenar.

‘Joykiller’ Tapi Ada Betulnya?

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang peminat filem mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu teruja.

“Tak payah nak excited sangat si abam Mark Wahlberg dok shooting di Penang. Knowing Hollywood, depa mungkin akan stereotype and portray Penang as a South East Asian city filled with corrupt officials and gangsters.”

Menurutnya lagi, tidak mustahil polis tempatan akan digambarkan dengan imej yang tidak tepat, pelakon tambahan bercakap bahasa Melayu dengan loghat yang pelik, malah Georgetown pula disamakan dengan kawasan suram di Bangkok.

Dia turut mengimbau filem Mechanic: Resurrection yang pernah menggunakan Pulau Jerejak sebagai lokasi penggambaran.

“Lepas tu guna Mexico filter kuning. Elok la tu. Jangan kita lupa macam mana tetiba ada rumah-rumah buruk and sungai kotor warna teh tarik kat bawah Petronas Twin Towers dalam filem Entrapment. We never learn from past mistakes. At least Bollywood portray Malaysia betul-betul as is, semua tempat-tempat cantik.”

Pengalaman Lama Masih Jadi Perbualan

Kalau difikirkan semula, apa yang diperkatakan itu memang sedikit joykiller. Namun, MURAI akui ia bukanlah sesuatu yang muncul tanpa sebab.

Topik Berkaitan Tak Perlu Ke Bali! Lost Paradise Resort Di Pulau Pinang Ini Rasa Macam Resort Tropika

Banyak filem Hollywood sebelum ini pernah menerima kritikan kerana menggambarkan negara Asia Tenggara secara stereotaip. Malah, penggunaan tona warna kekuningan atau latar kawasan yang kelihatan uzur seolah-olah sudah menjadi ‘formula’ untuk menggambarkan negara membangun.

Sudah tentu peminat tempatan berharap kali ini berbeza. Penang sendiri terkenal dengan warisan UNESCO, seni jalanan, makanan dan landskap bandar yang unik. Rugi kalau semua keindahan itu tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Penggambaran Berlangsung Selama Dua Minggu

Sebelum ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk A. Rajendran memaklumkan kepada New Straits Times bahawa penggambaran The Big Fix sudah bermula sejak Jumaat lalu dan dijangka berlangsung selama kira-kira dua minggu.

Antara lokasi yang dipilih termasuk Lorong Kulit, Stadium Bandaraya, Stadium Batu Kawan dan Padang Macallum.

Apa pun, MURAI berharap kehadiran Mark Wahlberg bukan sekadar memberi peluang peminat melihat kelibat bintang Hollywood, tetapi turut mempromosikan Pulau Pinang kepada dunia dengan gambaran yang lebih autentik. Kalau boleh, biarlah kali ini Malaysia jadi ‘hero’, bukan sekadar latar yang dipenuhi stereotaip.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
2
mark wahlbergpenangPulau Jerejak
Share70Tweet44SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Kalau anda kaki taman tema, roller coaster mesti antara permainan yang paling ditunggu-tunggu. Adrenalin naik, jeritan pun bergema. Tapi bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Panik Anak Telan Belon Gam, Tindakan Sang Ibu Buat Ramai Sedar Kewujudan Pusat Racun Negara

by Nurul A.
August 19, 2026

Seorang ibu terpaksa berdepan dengan detik cemas apabila anaknya secara tidak sengaja menelan belon gam, yang pernah popular suatu ketika...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pernah tak anda bayangkan kereta yang sudah diparkir kemas dalam garaj, tetapi tiba-tiba pintu belakangnya terbuka sendiri? Itulah situasi yang...

Read moreDetails
Lori Sampah Alam Flora, Bangladesh
Sosial Buzz

[VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

by Nurul A.
August 27, 2026

Sebuah video yang dimuat naik di platform Threads dan TikTok telah mencuri perhatian apabila memaparkan sebuah lori sampah, milik syarikat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Kenapa Ada Telefon Pada Rim Tayar?”- Netizen Hairan, Rupanya Mungkin Sedang Uji Fungsi Ini

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pernah nampak sesuatu yang pelik di media sosial sampai kita sendiri terfikir, “Eh, dia tengah buat apa tu?”  Itulah yang...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara