Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Tak Perlu Ke Bali! Lost Paradise Resort Di Pulau Pinang Ini Rasa Macam Resort Tropika

by Farah Fatihah
June 28, 2026
Gambar: Official Website @The Lost Paradise

Gambar: Official Website @The Lost Paradise

Share on Facebook

The Lost Paradise Resort merupakan sebuah resort butik yang semakin menjadi perhatian pelancong yang mencari percutian lebih santai dan dekat dengan alam yang terletak di kawasan yang dikelilingi hutan tropika dan berhadapan dengan bunyi ombak laut yang tenang.

Resort ini membawa konsep inspirasi Bali, dengan gabungan elemen alam semula jadi seperti batu gunung berapi, taman tropika, serta seni bina kayu dan dekorasi berasaskan elemen eksotik. Suasananya memberi rasa tenang sebaik sahaja tiba dan jauh daripada kesesakan seperti di bandar.

Di sini, tetamu boleh menikmati pengalaman berenang di kolam infiniti yang menghadap laut, sambil ditemani pemandangan tumbuhan hijau seperti orkid, pokok bunga kertas dan suasana semula jadi yang menyegarkan.

Konsep Resort: Ala Bali Di Tepi Laut

View this post on Instagram

Lost Paradise Resort bukan sekadar tempat penginapan biasa. Ia direka dengan konsep butik yang memberi penekanan kepada pengalaman dan suasana.

Pengunjung akan disambut dengan laluan dan pintu kayu berinspirasikan Bali, di samping hiasan seni serta elemen marmar yang diinspirasikan daripada gaya India. Setiap sudut resort ini mempunyai identiti tersendiri yang menjadikannya unik berbanding hotel biasa.

Pilihan Bilik Mengikut Keselesaan Tetamu

Resort ini menawarkan beberapa jenis bilik dan vila yang sesuai untuk pasangan, keluarga kecil hingga kumpulan besar.

Standard Room

Gambar: Official Website @The Lost Paradise Resort

Bilik ini sesuai untuk penginapan ringkas dengan kemudahan asas seperti penyaman udara, TV skrin rata, wifi percuma dan bilik mandi bersambung. Ia direka dengan suasana sederhana tetapi selesa untuk 3 orang tetamu.

Harga: RM250 (tiada pemandangan laut)

Superior Room

Gambar: Official Website @The Lost Paradise Resort

Bilik Superior mempunyai konsep dekorasi berbeza mengikut tema seperti Buluh, Banyan, Takoma dan HeartRock. Setiap bilik direka dengan sentuhan semula jadi seperti hiasan buluh dan elemen batu besar yang menjadi tarikan unik.

Kemudahan lengkap seperti AC, TV, wifi dan bilik mandi moden disediakan.

Harga: RM250 (tiada pemandangan laut)

Deluxe Room

Gambar: Official Website @The Lost Paradise Resort

Bilik ini menawarkan ruang lebih selesa dengan konsep dekorasi berasaskan gaya Bali dan suasana yang lebih eksklusif. Ia sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil yang mahukan keselesaan tambahan.

Harga: RM250

Premier Suite

Gambar: Official Website @The Lost Paradise Resort

Bagi yang inginkan pengalaman lebih mewah, Premier Suite menawarkan pemandangan laut serta kolam infiniti. Setiap bilik dilengkapi ruang tamu dan dekorasi perabot Bali yang lebih eksklusif. Sarapan juga disediakan.

Harga: RM350 (pemandangan laut & sarapan)

Family Suite

Gambar: Official Website @The Lost Paradise Resort

Sesuai untuk keluarga besar, bilik ini boleh menampung sehingga 9 orang dengan dua bilik tidur dan ruang tamu luas. Terdapat juga dua bilik mandi bagi memudahkan tetamu.

Harga: RM650 (atau RM750 dengan pemandangan laut, sarapan termasuk)

Grand Family Suite

Gambar: Official Website @The Lost Paradise Resort

Suite ini dinamakan Ombak, Subuh, Senja dan Sejarah, dengan konsep berasaskan alam dan budaya. Ada yang menghadap laut, ada yang menghadap taman, dan setiap satu mempunyai identiti tersendiri.

Sesuai untuk keluarga kecil hingga sederhana dengan kemudahan lengkap.

Family Villa

Gambar: Official Website @The Lost Paradise Resort

Villa ini menyediakan ruang lebih besar untuk kumpulan besar dengan dekorasi ala Bali dan suasana lebih private. Sesuai untuk percutian keluarga yang ingin berkumpul bersama dalam satu ruang besar.

Royal King Suite

Gambar: Official Website @The Lost Paradise Resort

Ini merupakan antara pilihan paling mewah di resort ini. Dengan keluasan besar dan dekorasi eksklusif, suite ini menawarkan pemandangan laut Andaman yang jelas serta ruang yang sangat selesa untuk keluarga.

Harga: RM980 (pemandangan laut, sarapan termasuk)

Pilihan Makanan Menghadap Laut

Selain penginapan, The Lost Paradise Resort turut menawarkan pengalaman makan yang menarik di dua restoran tepi laut.

Antara menu yang boleh didapati termasuk hidangan tempatan seperti nasi lemak, ikan bakar dan kangkung belacan, serta pilihan Western seperti pasta carbonara, pizza dan fish & chips.

Tetamu hotel juga menikmati diskaun 20% di semua restoran yang disediakan.

Dua Restoran Dengan Pemandangan Laut

Merah-Merah

Gambar: Official Website @The Lost Paradise Resort

Restoran ini menyediakan hidangan Melayu dan Western dengan suasana romantik di atas air. Ia juga sesuai untuk majlis kecil atau makan malam istimewa.

Biru-Biru

Gambar: Official Website @The Lost Paradise Resort

Kafe santai yang menghadap laut, sesuai untuk minuman ringan dan pencuci mulut sambil menikmati bunyi ombak. Antara menu popular termasuk nasi lemak, kopi dan kek.

Dengan gabungan suasana alam semula jadi, reka bentuk ala Bali dan lokasi tepi laut, The Lost Paradise Resort di Pulau Pinang sememangnya menawarkan pengalaman percutian yang tenang dan berbeza daripada hotel biasa.

Ia sesuai untuk mereka yang ingin “healing” dan menikmati suasana yang lebih santai bersama alam semula jadi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
5
Star
Star
5
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
batu feringhipenangthe lost paradise
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  4. 4

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  5. 5

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara