Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ramai Sangka Usap Perut Ibu Mengandung Tampak Comel, Ayda Jebat Mengaku Tidak Selesa Perutnya Disentuh Saat Bergambar

by Puteri Alia
October 4, 2023
Share on Facebook

Masa mengandung, ramai wanita akan mula merasakan perubahan fizikal terutamanya pada bahagian perut yang semakin membesar dari bulan ke bulan.

Kadang-kadang, macam tak percaya yang kita sedang ‘membawa’ seorang insan baru di dalam tubuh kita.

Tindakan mengusap perut boleh dikatakan sebagai satu perkara yang sangat semulajadi dilakukan oleh ibu mengandung. Sesekali ibu akan membelai lembut perut sambil bercakap dengan bayi dalam kandungan atau mendoakan yang baik-baik buatnya.

Namun, tidak semua bakal ibu berasa selesa apabila perut mereka diusap oleh sembarangan orang terutamanya insan-insan yang tidak dikenali.

Berbahas soal ini, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang kini sedang hamil lebih tujuh bulan berkongsi rasa tidak selesa apabila perutnya disentuh oleh individu-individu tidak dikenali saat bergambar.

Dalam hantaran terbaharunya di Instagram, Ayda berkongsi mengenai situasi yang membuatkannya rasa tidak selesa.

“Mommies (ibu-ibu). Mommies selesa tak kalau tengah mengandung, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut mommies?

“Saya minta maaf. Saya okay saja kalau nak ‘selfie’ pegang bahu ke, tangan saya, itu dah biasa. Tapi tengah mengandung ini, sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau makcik-makcik jumpa, terus pegang raba-raba perut kita,” tulisnya.

Tambah Ayda, dia tidak tergamak untuk menegur individu-individu itu yang ada dalam kalangan mereka, terdiri daripada orang yang lebih berusia.

“Nak tegur, tapi tak terkeluar pula kata-kata. Faham kadang-kadang makcik teruja. Tapi, harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan bayi. Itu sudah memadai.

“Ada yang sambil pegang, sambil ‘acik kalau kuis macam ini saja dulu, bayi dah tendang. Kejap, tunggu anak Ayda tendang tak’. Saya muka dah petak.

“Kalian rasa bagaimana ya?” tulisnya.

Ayda dijangka bakal bersalin anak keduanya pada Disember ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
"Setiap Peringkat Dalam Keibubapaan Hadir Dengan Cabaran.."-Nabil Mahir
ayda jebat
https://lomp.at/ajc9z
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara