Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Ramai Tak Tahu! The Habitat Penang Hill Jadi Port Wajib Singgah Pencinta Alam Semula Jadi

by Farah Fatihah
July 5, 2026
Gambar: Official Website @The Habitat Penang Hill

Gambar: Official Website @The Habitat Penang Hill

77
KONGSIAN
Share on Facebook

Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan menarik. Selain menikmati makanan tempatan dan mengunjungi kawasan warisan bersejarah, negeri ini juga mempunyai sebuah lokasi yang sesuai untuk mereka yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dengan lebih dekat. Jika kalian merancang percutian ke Pulau Pinang, The Habitat Penang Hill merupakan antara destinasi yang tidak boleh dilepaskan.

Terletak di kawasan Bukit Bendera, The Habitat Penang Hill merupakan pintu masuk untuk meneroka keindahan Hutan Simpan Kekal Bukit Bendera, yang juga sebahagian daripada Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera. Di sini, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati udara yang nyaman, malah berpeluang melihat sendiri kepelbagaian flora dan fauna dalam hutan hujan tropika yang telah wujud sejak jutaan tahun dahulu.

Suasana yang tenang serta kehijauan alam menjadikan lokasi ini sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat, bagi mereka yang ingin menikmati masa bersendirian sambil mendekatkan diri dengan alam sama ada bersama keluarga, pasangan, rakan-rakan.

Nikmati Keindahan Hutan Hujan Tropika

View this post on Instagram

The Habitat Penang Hill dibangunkan bagi membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi tanpa mengganggu ekosistem hutan. Laluan pejalan kaki yang disediakan memudahkan pengunjung meneroka kawasan sekitar sambil menikmati pemandangan pokok-pokok besar, tumbuh-tumbuhan tropika dan pelbagai spesies hidupan liar.

Sepanjang perjalanan, kalian berpeluang mendengar bunyi unggas, melihat rama-rama yang berterbangan, serta jika bernasib baik, dapat menyaksikan beberapa spesies haiwan yang hidup bebas di kawasan hutan tersebut.

Menikmati Pemandangan Dari Curtis Crest

Antara tarikan utama di The Habitat Penang Hill ialah Curtis Crest, iaitu kawasan tertinggi yang boleh dikunjungi oleh orang ramai di Pulau Pinang.

Dari sini, pengunjung dapat menikmati panorama 360 darjah yang memperlihatkan keindahan Pulau Pinang dari sudut yang berbeza. Pada waktu pagi, suasananya cukup nyaman dengan udara yang segar, manakala pada waktu petang pula, ramai pengunjung memilih untuk menyaksikan matahari terbenam yang menghiasi ufuk.

Pemandangan yang terbentang luas menjadikan Curtis Crest antara lokasi pilihan bagi mereka yang gemar merakam gambar kenangan.

Sertai Lawatan Berpandu Bersama Pakar Alam

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih banyak tentang hutan hujan tropika, The Habitat turut menyediakan lawatan berpandu bersama pemandu alam semula jadi.

Sepanjang lawatan, pengunjung akan diperkenalkan dengan pelbagai spesies tumbuhan, haiwan serta kisah menarik mengenai ekosistem hutan hujan yang menjadikan Bukit Bendera antara kawasan biodiversiti penting di Malaysia.

Selain lawatan pada waktu siang, pengunjung juga boleh memilih Lawatan Berpandu Waktu Malam untuk merasai pengalaman meneroka hutan selepas matahari terbenam. Ketika inilah suasana hutan berubah dengan kehadiran pelbagai hidupan nokturnal yang mula aktif.

Bagi yang mahukan pengalaman lebih eksklusif, lawatan berpandu secara persendirian juga disediakan melalui tempahan awal.

Pelbagai Aktiviti Menarik Setiap Bulan

Selain berjalan menikmati alam semula jadi, The Habitat Penang Hill turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang memberi peluang kepada pengunjung menikmati alam dengan cara yang berbeza.

Antara aktiviti yang sering dianjurkan termasuklah:

  • Terapi bunyi
  • Mandi hutan
  • Pemerhatian burung
  • Yoga ketika matahari terbit
  • Perkhemahan di bawah langit malam

Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu, malah membantu pengunjung menikmati suasana alam secara lebih santai dan menyegarkan minda.

Sesuai Untuk Program Berkumpulan

The Habitat Penang Hill juga sering menjadi pilihan bagi penganjuran pelbagai program berkumpulan. Antaranya ialah Program Peneroka Hutan Hujan untuk pelajar, program pembinaan pasukan bagi syarikat, program tanggungjawab sosial korporat (CSR), selain menjadi lokasi untuk seminar, majlis perkahwinan, konsert dan pelbagai acara khas dalam suasana alam semula jadi.

Persekitarannya yang luas dan tenang menjadikan setiap program lebih selesa serta memberi pengalaman yang berbeza daripada lokasi konvensional.

Rehat Sambil Menikmati Hidangan

Gambar: Instagram @ the habitat penang hill

Selepas selesai meneroka kawasan hutan, pengunjung boleh berehat di kafe yang terdapat di dalam kawasan The Habitat.

The Stable Cafe dan The Habitat Cafe menyediakan pelbagai pilihan makanan ringan serta minuman untuk dinikmati sambil menghirup udara segar Bukit Bendera.

Bagi yang ingin membawa pulang kenangan, The Habitat Gift Shop turut menjual pelbagai cenderamata dan barangan eksklusif.

Menariknya, kawasan kafe dan kedai cenderamata ini boleh dikunjungi oleh orang ramai tanpa perlu membeli tiket masuk ke taman.

Cara Ke The Habitat Penang Hill

Untuk ke The Habitat Penang Hill, pengunjung boleh memilih dua cara.

Pilihan pertama ialah menaiki Kereta Api Bukit Bendera dari Stesen Bawah Bukit Bendera di Air Itam sebelum berjalan kira-kira lima minit dari stesen atas menuju ke pintu masuk The Habitat.

Bagi pencinta aktiviti lasak pula, kalian boleh mendaki melalui laluan pendakian yang disediakan sebelum tiba di puncak Bukit Bendera.

Waktu Operasi

  • The Habitat Penang Hill dibuka setiap hari
  • 9.00 pagi hingga 5.30 petang
  • Pengunjung perlu keluar sebelum jam 7.00 malam

Bagi Lawatan Berpandu Waktu Malam, kemasukan bermula dari jam 5.30 petang dengan kemasukan terakhir pada jam 6.30 petang.

Jika kalian ingin menikmati suasana alam semula jadi yang masih terpelihara sambil menghirup udara segar, The Habitat Penang Hill merupakan destinasi yang sesuai untuk dikunjungi. Selain menyajikan pemandangan yang indah, lokasi ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
6
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
2
Star
Star
4
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
penangThe habitat penang hills
Share31Tweet19SendShare

KINI TRENDING

Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Palm Garden Hotel / Le Meridien Putrajaya / Mxy Putrajaya
LifeXplore

Idea Untuk Nikmati Hujung Minggu Formula 1- Inap, Makan & Shopping Di Putrajaya

by Nurul A.
August 7, 2026

Dengan Formula 1 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober ini, beribu-ribu peminat dari seluruh Malaysia dan luar...

Read moreDetails
LifeXplore

[REVIEW] Swiss-Grand Beach Resort Kuantan Kini Berbeza, Pantai Balok Pula Buat Kami Terpaku

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Swiss-Grand Beach Resort Kuantan kini benar-benar berbeza. Kalau anda pernah menginap di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan suatu ketika dahulu, mungkin...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Jadi Bila Semua Juruterbang & Kru Kabin AirAsia Buat Saringan Dadah?

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Bila naik kapal terbang, perkara paling penting tentunya sampai ke destinasi dengan selamat. Tapi pernahkah anda terfikir, bagaimana syarikat penerbangan...

Read moreDetails
Raja Muda Selangor
Usahawan

Raja Muda Selangor Berkenan Cemar Duli Pusingan Akhir Liga SAY ASPIRE Edisi Ke-7

by Nurul A.
September 9, 2026

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli...

Read moreDetails
LifeXplore

Pencinta Kucing Wajib Datang! Meowloween Tawar Catwalk, Muzik & Aktiviti Menarik

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Halloween kali ini nak buat sesuatu yang lain daripada biasa? Kalau anda pencinta kucing, mungkin Under The Stars Meowloween di...

Read moreDetails
Foto - Royal Selangor
LifeXplore

Jejak Warisan, Royal Selangor Ketengahkan Seni Emas Telepuk

by Nurul A.
September 2, 2026

Dahulunya dikhaskan untuk tekstil upacara dan pakaian kebesaran, telepuk merupakan seni tekstil Melayu tradisional yang dibezakan oleh motifnya yang rumit...

Read moreDetails
LifeXplore

Shanghai, Wuhan, Qingdao & Banyak Lagi! AirAsia MOVE Buka Lebih Banyak Pilihan Ke China

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau China memang ada dalam travel bucket list anda tahun ini, mungkin sudah tiba masa untuk buka semula aplikasi penerbangan....

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy Z Fold8 Ultra ‘Full Mark’! Kamera, Display & Prestasi Diuji Consumer Reports

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Kalau selama ini anda fikir telefon foldable sekadar nampak ‘wow’ bila dibuka dan ditutup, nampaknya teknologi ini sudah pergi jauh...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

  3. 3

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  4. 4

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara