Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Samsung Bagi Hint Galaxy Z Fold8? Iklan Coklat Pun Boleh Jadi Petunjuk Telefon Lipat Baharu

by Phic ARMAN
July 1, 2026
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Samsung nampaknya sedang bermain teka-teki dengan peminat teknologi. Menerusi beberapa video teaser terbaharu di Instagram, jenama itu tidak tunjuk pun telefon baharu secara jelas, tetapi menggunakan objek biasa seperti coklat dan puzzle untuk menyampaikan satu mesej, sesuatu tentang “bentuk baharu” bakal berubah.

Bila tengok video tersebut, perkara pertama yang buat saya tertanya-tanya ialah bentuk objek yang digunakan. Contohnya, coklat yang biasanya kita bayangkan panjang dan berpetak-petak, tiba-tiba kelihatan seperti sudah dipendekkan atau “dipotong” sehingga menjadi lebih lebar dan hampir kepada bentuk nisbah skrin telefon biasa.

View this post on Instagram

Nampak macam sekadar iklan kreatif, tapi kalau ikut sejarah Samsung, mereka bukan jenis yang suka letak hint secara rawak. Kempen ini terus buat ramai berteka-teki sama ada ia berkait dengan generasi baharu Galaxy Z Fold.

Spekulasi paling kuat sekarang ialah Samsung mungkin sedang bersedia mengubah reka bentuk Galaxy Z Fold8. Kalau sebelum ini siri Fold terkenal dengan bentuk yang tinggi dan agak sempit apabila ditutup, mungkin kali ini Samsung mahu hadir dengan rekaan yang lebih lebar menjadikannya lebih selesa digunakan seperti telefon biasa.

Semua teaser membawa tema sama

Menariknya, hampir semua teaser yang dimuat naik membawa tema sama, sesuatu yang panjang diubah menjadi bentuk lebih seimbang. Bagi saya, ia nampak seperti Samsung sedang cuba memberitahu bahawa telefon lipat mereka mungkin tidak lagi sekadar “telefon yang boleh jadi tablet”, tetapi telefon yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.

View this post on Instagram

Sudah tentu, ini masih sekadar spekulasi berdasarkan cara Samsung bermain dengan visual. Tiada pengesahan rasmi mengenai reka bentuk sebenar Galaxy Z Fold8. Tapi kalau betul teaser ini adalah petunjuk, nampaknya Samsung mungkin sedang bersedia melakukan perubahan besar pada siri Fold.

Buat masa ini, peminat hanya mampu terus meneliti setiap frame dalam video tersebut. Siapa sangka sepotong coklat pun boleh buat satu dunia teknologi mula berteka-teki?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
6
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Galaxy Z Fold8samsung
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Shanghai, Wuhan, Qingdao & Banyak Lagi! AirAsia MOVE Buka Lebih Banyak Pilihan Ke China

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau China memang ada dalam travel bucket list anda tahun ini, mungkin sudah tiba masa untuk buka semula aplikasi penerbangan....

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
LifeXplore

Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari...

Read moreDetails
LifeXplore

Samsung Galaxy A08 RM2.50 Sehari, Tapi Berbaloi Ke Beli?

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Telefon pintar sekarang bukan sekadar alat untuk membuat panggilan. Kita menggunakannya untuk membalas WhatsApp, menonton TikTok, menyunting video dan menguruskan...

Read moreDetails
Ayam Brand™
LifeXplore

Bukan Sekadar Bekal, Ayam Brand™ Bawa Misi Bentuk Generasi Sihat

by Nurul A.
November 8, 2026

Ayam Brand™, jenama yang tidak asing lagi dengan sejarah lebih 130 tahun, telah melengkapkan inisiatif CSR terbaharunya, #AyamBersamaMu: Bekal Sihat...

Read moreDetails
IKEA Malaysia
LifeXplore

YXSTABY, Konsep ‘Gaming’ Menarik Dari IKEA x XBOX

by Nurul A.
November 12, 2026

‘Player two’ mungkin adik-beradik yang sedang menunggu giliran untuk bermain, atau ibu bapa yang tidak faham apa yang sedang berlaku...

Read moreDetails
LifeXplore

Samsung Ada ‘Good News’ Untuk Pelajar Di Malaysia, Galaxy Tab S12 Pada Harga Lebih Murah

by Phic ARMAN
October 7, 2026

Kalau sekarang anda seorang pelajar, cuba bayangkan satu peranti yang boleh digunakan untuk catat nota dalam kelas, siapkan assignment, buat...

Read moreDetails
Burnout
Kesihatan

Badan & Mental Rasa Sangat Lesu? 5 Cara Untuk Kamu Atasi Burnout

by Nurul A.
October 12, 2026

Pernah tak dalam satu-satu masa, kamu rasa seperti emosi, fizikal dan mental menjadi sangat letih? Atau rasa tertekan sangat? Hati-hati...

Read moreDetails
Seika
LifeXplore

Rambut Makin Gugur? Seika ‘Game Changer’ Untuk Wanita 20-an & 30-an

by Nurul A.
October 4, 2026

Sama seperti penjagaan kulit, cara kita melihat penjagaan rambut juga semakin berubah. Fokusnya bukan lagi sekadar merawat masalah apabila ia...

Read moreDetails
love language
Cinta

Suka Pujian Atau Masa Bersama? Jom Semak ‘Love Language’ Kamu

by Nurul A.
October 18, 2026

Setiap hubungan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang bahasa cinta (love language) mereka sendiri. Kalau kamu mahu tahu, bahasa cinta ini...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara