Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Sebelum Jadi Superstar, Rajnikanth Pernah Terfikir Untuk B*nuh Diri

by Nurul A.
November 17, 2025
Foto - @rajinikanth (IG)

Foto - @rajinikanth (IG)

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Digelar sebagai “Thalaivar” (ketua) dalam industri hiburan Bollywood, pelakon veteran Rajnikanth merupakan salah seorang pelakon yang sangat popular di kalangan pencinta Bollywood.

Dilahirkan sebagai Shivaji Rao Gaekwad dalam keluarga Marathi di Karnataka, Rajinikanth mempunyai permulaan hidup yang sangat sederhana. Sejak kecil, dia cenderung ke arah dunia perfileman dan ingin menjadi seorang pelakon.

Selepas membuat penampilan sulungnya dalam ‘Apoorva Raagangal’, Rajinikanth memainkan watak sebagai ketua jenayah dalam filem ‘Baasha’, yang menjadikannya terkenal sehingga ke hari ini.

View this post on Instagram

Walaupun Rajnikanth merupakan pelakon bergaji tertinggi pada masa ini, ada suatu ketika, dia menghadapi kemiskinan tegar sehingga pernah terfikir untuk membunuh diri.

Pada permulaan hidupnya, Rajnikanth bekerja sebagai kuli dan tukang kayu untuk menampung kehidupan. Kemudian dia mendapat pekerjaan sebagai konduktor bas di Perkhidmatan Pengangkutan Bangalore (BTS) dan memperoleh gaji sebanyak Rs. 750 (RM35.13).

View this post on Instagram

Dia merupakan anak bongsu antara adik-beradiknya dan mula bekerja pada usia muda, tetapi kemiskinan yang dihadapinya menyebabkan dia mengambil langkah ekstrem iaitu membunuh diri.

“Semua orang tahu saya seorang konduktor bas. Tetapi sebelum itu, saya pernah menjadi budak pejabat, kemudian kuli, kemudian tukang kayu. Barulah saya menjadi konduktor. Saya melakukan semua itu kerana saya dilahirkan dalam keluarga miskin.

Saya mengenali kemiskinan bukan dengan melihat atau mendengarnya tetapi dengan mengalaminya. Saya mempunyai dorongan yang besar untuk menjadi kaya. Saya tidak pernah takut apa-apa dalam hidup saya walaupun ketika saya masih muda.

Tetapi pernah saya sangat takut dan saya memutuskan untuk membunuh diri. Ketika itulah saya melihat lukisan seorang dewa dan orang ramai sedang melakukan puja. Melihatnya, saya memutuskan untuk menangguhkan keputusan itu ke hari lain.”

View this post on Instagram

Pengarah K. Balachandran yang melihat bakat Rajinikanth, menasihatinya untuk belajar bahasa Tamil dan ini mengubah hidupnya. Pengarah itu memperkenalkan Rajnikanth dalam filemnya pada tahun 1975, ‘Apoorva Ragangal’ dan sejak itu dia tidak pernah berpaling ke belakang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
rajnikanth
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Tak Pernah Jadi Penyanyi! 10 Selebriti Otai Nekad Berentap Di Kilauan Emas

by Phic ARMAN
August 5, 2026

Kilauan Emas kebali..., mesti ramai terus teringat pentas yang pernah melahirkan ramai bakat baru. Tapi kali ini, Astro tampil dengan...

Read moreDetails
Erling Haaland
Spotlight

[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”

by Nurul A.
August 24, 2026

Pemain bola sepak Norway, Erling Haaland kembali mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa gambar gaya rambut terbarunya. Sebelum ini,...

Read moreDetails
Jurang Takdirku Ku Faiz
Spotlight

Ku Faiz Muncul Dengan Single Debut “Jurang Takdirku”

by Nurul A.
August 19, 2026

Industri muzik tempatan bakal menyambut kemunculan seorang bakat baharu menerusi pelancaran single debut berjudul “Jurang Takdirku”, nyanyian Ku Faiz. Sarat...

Read moreDetails
Maamor Jantan
Spotlight

Maamor Jantan Bawakan Keunggulan Seni Cat Air ke Janda Baik

by Nurul A.
August 12, 2026

Seniman cat air tersohor Malaysia, Maamor Jantan bakal mempersembahkan koleksi cat air terbarunya, Interaksi Alam menerusi sebuah pameran yang akan...

Read moreDetails
D'Masiv "Asia Home Run"
Spotlight

D’Masiv Kembali Ke KL Menerusi Jelajah “Asia Home Run” November Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Selepas siri jelajah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan D'Masiv yang berasal dari Indonesia, kini sedia bertemu peminat di Asia...

Read moreDetails
Foto - HBO Max
Spotlight

HBO Max Tayang Lebih 10 Filem & Siri Drama Pada Ogos Ini!

by Nurul A.
July 31, 2026

Berita baik untuk anda semua! Ogos ini, strim siri DC Studios yang akan datang, 'Lanterns', yang dibintangi oleh Kyle Chandler...

Read moreDetails
Netflix
Filem

‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

by Nurul A.
August 1, 2026

Selepas tayangan bersejarah di pawagam sebagai filem anime dengan kutipan tertinggi dalam sejarah, 'Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle...

Read moreDetails
Dolly Parton
Spotlight

Ratu Muzik Country, Dolly Parton Meninggal Dunia Pada Usia 80 Tahun

by Nurul A.
August 26, 2026

Penyanyi lagenda muzik country, Dolly Parton dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 80 tahun. Berita pemergiannya itu diumumkan oleh ahli...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
Spotlight

Rezeki Hanez Suraya, Kini Bergelar Datin Wira

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pelakon Hanez Suraya kini mempunyai satu lagi gelaran baharu apabila secara rasmi bergelar Datin Wira selepas suaminya, Romie Razin Adilha...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  2. 2

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  3. 3

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara