Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Strategi Bijak Kia Sales Malaysia! Kia Carnival 8 Tempat Duduk Ini Tampil Lebih Praktikal & Mewah

by Phic ARMAN
April 7, 2026
Share on Facebook

Kemunculan varian baharu memang selalu dinanti, lebih-lebih lagi bila melibatkan MPV kegemaran keluarga di Malaysia. Terbaharu, Kia Sales Malaysia (KSM) tampil dengan satu lagi pilihan menarik menerusi pengenalan Kia Carnival 8 tempat duduk,  satu langkah yang nampaknya cukup “kena” dengan kehendak pasaran masa kini.

1. Varian Baharu, Jawapan Untuk Keluarga Besar & Kegunaan Korporat

Menurut Presiden dan CEO KSM, Hyung Ho Kim, pengenalan varian ini mencerminkan komitmen Kia dalam memahami perubahan permintaan pengguna tempatan.

Menariknya, Pengarah Urusan KSM, Emily Lek turut menegaskan bahawa versi 8 tempat duduk ini hadir dengan keseimbangan antara fleksibiliti dan keselesaan, sesuai bukan saja untuk keluarga besar, malah kegunaan korporat dan fleet.

Pendek kata, kalau sebelum ini ramai “berbelah bahagi” antara 7 atau 11 tempat duduk, kini ada pilihan tengah yang lebih praktikal.

2. Fleksibiliti Maksimum, Keselesaan Kekal Premium

Disusun dalam konfigurasi 2-3-3, ruang dalaman Kia Carnival 8 tempat duduk ini memang direka untuk kegunaan pelbagai situasi.

Barisan kedua jadi highlight utama,  boleh laras, boleh tanggal, siap boleh pusing menghadap depan atau belakang. Nak guna untuk family trip, urusan kerja, atau chauffeur drive? Semua boleh.

Walaupun tambah kapasiti, ruang kaki dan kepala masih luas seperti varian 7 tempat duduk. Ditambah pula dengan elemen premium seperti:

  • Paparan digital berkembar 12.3 inci
  • Sistem audio Bose 12 pembesar suara
  • Pencahayaan ambien eksklusif

Memang rasa macam duduk dalam lounge bergerak.

3. Harga Strategik & Prestasi Efisien

Diposisikan di tengah-tengah barisan, Kia Carnival 8 tempat duduk ditawarkan pada harga RM238,888 (Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans & cukai jalan).

Dari segi prestasi, enjin 2.2L turbodiesel mampu jana 202 PS dan 440 Nm tork, dengan penggunaan bahan api sekitar 6.5L/100km (WLTP). Lagi menarik, satu tangki penuh boleh cecah lebih 900km, memang sesuai untuk perjalanan jauh tanpa risau.

Ditambah dengan jaminan 5 tahun/150,000 km, serta tawaran seperti kadar faedah rendah dan kredit minyak RM6,000, jelas Kia cuba beri nilai maksimum kepada pembeli.

Secara keseluruhan, kemunculan Kia Carnival 8 tempat duduk ini bukan sekadar tambah varian, tapi lebih kepada strategi bijak dalam memenuhi keperluan sebenar pengguna Malaysia.

Bagi yang cari MPV besar dengan gabungan praktikal, fleksibel dan masih premium, ini mungkin jawapan kepada soalan “Kenapa pilih Kia?” yang selama ini bermain di fikiran.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Emily LekHyung Ho KimKia Sales Malaysia (KSM)
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - Putrajaya Marriott Hotel
LifeXplore

Putrajaya Marriott Hotel Tampil Dengan Persiapan Istimewa Sempena F1 Bahrain GP 2026

by Nurul A.
September 28, 2026

Sempena kembalinya hujung minggu Grand Prix ke negara ini, Putrajaya Marriott Hotel, yang terletak hanya beberapa minit dari Litar Antarabangsa...

Read moreDetails
lululemon mun ka-young
LifeXplore

Santai & Classy, Mun Ka-young Tampil Memukau Dalam Kempen lululemon

by Nurul A.
November 20, 2026

Ketika musim beralih, lululemon memperkenalkan kempen pakaian luar terbarunya yang dibintangi oleh ikon global Mun Ka-young dan atlet Olimpik, Cha...

Read moreDetails
Pembaziran Makanan
LifeXplore

Makanan Selalu Terbuang? Ini 3 Tips Untuk Rakyat Malaysia Elak Pembaziran

by Nurul A.
October 12, 2026

Kita semua pernah mengalaminya. Sebungkus sayur yang terlupa di bahagian belakang peti sejuk, lebihan makanan yang tidak sempat dimakan pada...

Read moreDetails
LifeXplore

Niezam Zaidi Tinggalkan Watak ‘Red Flag’

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Kalau anda fikir Sumpahan Mencintai sekadar kisah lelaki benci perempuan sebelum akhirnya jatuh cinta, mungkin kena tunggu dulu. Drama arahan...

Read moreDetails
LifeXplore

Oh Sem Malaysia! Tourism Malaysia & AirAsia MOVE Ajak Anda Terokai Permata Tersembunyi Negara

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Jika sebut tentang percutian dalam negara, destinasi popular seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Melaka mungkin terus bermain dalam fikiran. Tetapi,...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
LifeXplore

Pernah Kurang Yakin Berbahasa Inggeris, Pak Nil Kini Kongsi Rahsia Komunikasi Menerusi SHOW ADA KELAS

by Phic ARMAN
October 22, 2026

Pernah rasa kurang yakin apabila perlu bercakap dalam bahasa Inggeris, apatah lagi ketika berhadapan dengan selebriti antarabangsa? Ikon penyiaran negara,...

Read moreDetails
love language
Cinta

Suka Pujian Atau Masa Bersama? Jom Semak ‘Love Language’ Kamu

by Nurul A.
October 18, 2026

Setiap hubungan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang bahasa cinta (love language) mereka sendiri. Kalau kamu mahu tahu, bahasa cinta ini...

Read moreDetails
propertyguru kenji chai oyenji
LifeXplore

Cetus Kelainan, Kenji Chai x PropertyGuru Bantu Haiwan Terbiar Menerusi Oyenji

by Nurul A.
November 21, 2026

PropertyGuru Malaysia bekerjasama dengan artis tempatan, Kenji Chai menghasilkan Oyenji, koleksi Edisi Terhad ‘Kucing Pembawa Tuah' (Lucky Cat) yang diinspirasikan...

Read moreDetails
LifeXplore

Tak Perlu Download Aplikasi Lain, Kini Boleh Guna DuitNow QR CIMB Di 9 Negara!

by Phic ARMAN
November 3, 2026

Merancang percutian ke luar negara selepas ini? Ada berita baik buat pengguna CIMB OCTO! Kini, urusan pembayaran ketika melancong menjadi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara