Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Subi Cari Chef Cilik, 42 Keluarga Meriahkan Pertandingan Masak Di MYDIN USJ

by Phic ARMAN
August 10, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau memasak bersama anak boleh jadi cara paling best untuk luangkan masa berkualiti, inilah yang cuba diketengahkan oleh Subi Malaysia menerusi Pencarian Chef Cilik Subi yang melabuhkan tirai roadshow 10 hari mereka di MYDIN USJ.

Bekerjasama dengan MYDIN dan Malaysian Indian Chefs Association (MICA), pertandingan sulung ini menghimpunkan 42 pasangan ibu bapa dan anak untuk beraksi di dapur menggunakan produk makanan laut sejuk beku Subi. Majlis pelancaran rasmi itu turut disempurnakan Pengarah Perpaduan Negeri Selangor, Tuan Burhanuddin.

Subi Cari Chef Cilik

Bukan Sekadar Cari Juara

Menariknya, pertandingan ini bukan semata-mata nak tengok siapa paling power memasak. Sebaliknya, Subi mahu anak-anak belajar tentang kreativiti, keyakinan dan kerja berpasukan bersama ibu bapa.

Sepanjang pertandingan, pasangan ini perlu bekerjasama menghasilkan hidangan makanan laut sambil berkomunikasi dan berkongsi idea. Dalam erti kata lain, dapur jadi tempat bonding keluarga.

Subi Cari Chef Cilik

Roadshow yang bermula pada 31 Julai 2026 itu turut menampilkan sesi merasa produk, promosi istimewa, demonstrasi masakan oleh Duta Jenama Subi, Chef Alwi, serta demonstrasi resipi mudah oleh pasukan Subi.

Menurut General Manager Pacific West Malaysia, Joseph Lim, sambutan terhadap edisi pertama ini cukup menggalakkan dan membuktikan ramai keluarga mencari peluang untuk meluangkan masa bersama.

Lepas USJ, Nak Ke Mana Pula?

Dengan sambutan memberangsangkan, Subi kini sedang meneroka peluang untuk membawa Pencarian Chef Cilik Subi ke negeri lain termasuk Kelantan dan Pulau Pinang.

Topik Berkaitan Pengunjung Mydin Melaka Alami Peristiwa Aneh- "Ibu Mentua Tiba-tiba Sakit & Kaki Rasa Berat"

Subi Cari Chef Cilik

Nampaknya, kalau program ini diteruskan, mungkin akan lebih ramai chef cilik muncul dari dapur rumah masing-masing. Siapa tahu, anak korang pula bakal jadi bintang dapur seterusnya?

Subi bukan sekadar mahu jual makanan laut, tetapi nak jadikan makanan sebagai alasan untuk keluarga duduk semeja, memasak dan mencipta memori bersama.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
5
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mydinSubi
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Tak Perlu Download Aplikasi Lain, Kini Boleh Guna DuitNow QR CIMB Di 9 Negara!

by Phic ARMAN
November 3, 2026

Merancang percutian ke luar negara selepas ini? Ada berita baik buat pengguna CIMB OCTO! Kini, urusan pembayaran ketika melancong menjadi...

Read moreDetails
Deepavali
LifeXplore

“Deepavali In Bloom” Warnai Pavilion Damansara Heights

by Nurul A.
November 3, 2026

Sempena sambutan Deepavali tahun ini, Pavilion Damansara Heights meraikan keindahan warisan masyarakat India menerusi instalasi bunga dan kolam yang memukau,...

Read moreDetails
LifeXplore

Emirates Perkenal Pengalaman Kabin Khas Untuk Penumpang Buta Dan Rabun

by Phic ARMAN
October 27, 2026

Pernah terfikir bagaimana penumpang buta atau yang mempunyai masalah penglihatan mengenali suasana dalam pesawat? Emirates tampil dengan satu pengalaman menarik...

Read moreDetails
RAMBUT BASAH
Kesihatan

Kerap Tidur Dengan Rambut Basah? Hati-Hati, Kamu Mungkin Hadapi 4 Masalah Ini

by Nurul A.
October 20, 2026

Kamu pernah tidur dalam keadaan rambut masih basah? Percayalah, ramai di antara kita yang kerap tidur dengan rambut yang basah...

Read moreDetails
Vietjet
LifeXplore

Vietjet Tawar Tambang Eco Serendah RM268, Perluas Rangkaian Penerbangan Di Asia

by Nurul A.
October 28, 2026

Menjelang musim cuti hujung tahun di Malaysia, Vietjet menawarkan tiket penerbangan kelas Eco serendah RM268 sehala, termasuk cukai dan caj...

Read moreDetails
LifeXplore

Siapa Sangka Kamera Filem Ini Dah 40 Tahun? FUJIFILM x atmos Buat Comeback Dengan Vibe Baharu

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Kalau fotografi merakam cerita, streetwear pula menjadi cara seseorang mengekspresikan identiti. Dua dunia ini bertemu menerusi kolaborasi FUJIFILM dan atmos...

Read moreDetails
LifeXplore

OCTOFest CIMB Tarik 100,000 Pengunjung, PMKS Raih Peluang Jualan RM1.2 Juta!

by Phic ARMAN
October 31, 2026

Festival bukan sekadar tempat mencari makanan sedap atau menikmati persembahan artis. Kadangkala, acara sebegini turut membuka peluang kepada peniaga kecil...

Read moreDetails
LifeXplore

RM22,000 Untuk 3 Malam? Anantara Desaru Coast Tawar Percutian Keluarga Bertaraf VIP!

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan, tetapi bab merancang aktiviti, makanan dan tempat penginapan kadangkala boleh buat ibu bapa pening kepala....

Read moreDetails
LifeXplore

Xventure Park Bakal Dibuka Di Pulau Pinang, Ini 5 Tarikan Yang Buat Anda Nak Cuba!

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dikenali sebagai Xventure Park, taman pengembaraan ini dibangunkan dengan pelaburan RM8 juta di The Waterfront Shoppes at The Light City....

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Makeover Rumah Tapi Bajet Tak Cukup? SSFHOME Ada Tawaran Yang Mungkin Anda Cari

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Rumah bukan sekadar tempat untuk tidur dan berteduh. Ia juga ruang untuk berehat selepas penat bekerja, meluangkan masa bersama keluarga...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara