Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Bukan Sekadar Transit, Airport Domestik Kini Jadi Port Shopping & Menang

by Phic ARMAN
July 18, 2026
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau dulu lapangan terbang sekadar tempat tunggu penerbangan, sekarang lain ceritanya. Nampaknya semakin ramai pengunjung sanggup meluangkan masa membeli-belah atau menjamu selera sebelum berlepas, sehingga kempen ‘MASB Belanja & Menang’ berjaya merekodkan hampir 1.9 juta transaksi sepanjang berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Kempen pertama yang dianjurkan Malaysia Airports itu melibatkan 14 lapangan terbang domestik, termasuk Ipoh, Kuantan, Kota Bharu, Tawau, Miri, Sandakan, Sibu dan beberapa lagi. Ia diwujudkan bagi menggalakkan orang ramai berbelanja di premis-premis yang mengambil bahagian, sekali gus membantu merancakkan ekonomi setempat.

Shopping Dapat Hadiah, Siapa Tak Nak?

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin

Menurut Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin, kejayaan kempen ini membuktikan lapangan terbang domestik bukan sekadar hab pengangkutan, malah mampu menjadi pemacu kepada aktiviti ekonomi serta memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk berkembang.

Apa yang lebih menarik, hampir 9,700 penyertaan diterima sepanjang kempen. Rezeki nyata berpihak kepada Yanti Binti Samadi dari Sarawak yang membawa pulang sebuah Perodua Axia SE sebagai hadiah utama.

Tempat kedua pula dimenangi Teh Swee Peng dari Brunei yang memenangi motosikal CMC Daytona 350, manakala Azsharye Bin Johari turut tersenyum lebar apabila memenangi pakej percutian ke Langkawi.

Airport kini bukan lagi sekadar tunggu boarding

Bagi MURAI, sambutan ini membuktikan pengalaman di airport kini bukan lagi sekadar tunggu boarding. Kalau boleh shopping sambil berpeluang menang hadiah besar, memang worth it. Disebabkan sambutan yang begitu padu, Malaysia Airports mengesahkan kempen ini akan diteruskan tahun ini dengan hadiah yang lebih menarik. Siapa tahu, giliran anda pula selepas ini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
ipohkota bharukuantanMASBMirisandakanSibuTawau
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

love language
Cinta

Suka Pujian Atau Masa Bersama? Jom Semak ‘Love Language’ Kamu

by Nurul A.
October 18, 2026

Setiap hubungan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang bahasa cinta (love language) mereka sendiri. Kalau kamu mahu tahu, bahasa cinta ini...

Read moreDetails
LifeXplore

Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Kalau tengok media sosial sejak kebelakangan ini, nama Wan Izzana Fatimah Zabedah dan Adam Radlan Adam Muhammad antara yang mencuri...

Read moreDetails
LifeXplore

ASA 2026 Terima 1,601 Pencalonan, Malam Kemuncak Berlangsung 24 Oktober Ini

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 terus mengiktiraf sumbangan penggiat industri penyiaran dan media menerusi penganjuran edisi ke-37 yang bakal berlangsung...

Read moreDetails
Seika
LifeXplore

Rambut Makin Gugur? Seika ‘Game Changer’ Untuk Wanita 20-an & 30-an

by Nurul A.
October 4, 2026

Sama seperti penjagaan kulit, cara kita melihat penjagaan rambut juga semakin berubah. Fokusnya bukan lagi sekadar merawat masalah apabila ia...

Read moreDetails
Kudrat 1968: High Council, Christy Ng
LifeXplore

Bakal Ditayangkan, “KUDRAT 1968: High Council” Siap Ada Koleksi Kolaborasi Dengan Christy Ng!

by Nurul A.
September 5, 2026

Teka-teki teraju utama filem "KUDRAT 1968: High Council" terjawab selepas Astro Shaw memperkenalkan pelakon Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf,...

Read moreDetails
Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
LifeXplore

Oh Sem Malaysia! Tourism Malaysia & AirAsia MOVE Ajak Anda Terokai Permata Tersembunyi Negara

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Jika sebut tentang percutian dalam negara, destinasi popular seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Melaka mungkin terus bermain dalam fikiran. Tetapi,...

Read moreDetails
Foto - ARLINA AYOU
LifeXplore

Puteri Diraja Perlis Serikan Pembukaan Butik ARLINA AYOU Di The Curve

by Nurul A.
September 2, 2026

Rumah fesyen Malaysia, ARLINA AYOU menandakan pelancaran butiknya di The Curve, dimuliakan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Hajah Sharifah Khatreena...

Read moreDetails
LifeXplore

Gerhana Skacinta Bakal ‘Gegarkan’ Desaru, Sempena 8 Tahun Hard Rock Hotel

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal meraikan ulang tahun ke-8 pada 26 September 2026 dengan sesuatu yang memang sinonim dengan...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara