Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Saling ‘Bersaing’ Tunjuk Keceriaan Dalam Instagram Meskipun Mahu Bercerai

by Puteri Alia
September 1, 2024
Share on Facebook

Selepas hampir sebulan ‘menyepi diri’ dari media sosial, pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof, kembali mencuri perhatian peminat dengan kemunculan semulanya di Instagram (IG).

Pengarah filem popular ini, yang baru-baru ini genap berusia 40 tahun, memuat naik beberapa foto menarik yang segera mencetuskan pelbagai reaksi dari pengikut dan rakan selebriti.

Antara foto yang dikongsikan ialah imej terkini Syamsul yang tampil segak dan kemas dengan kemeja lengan panjang berwarna hijau gelap, serta rambut pendek yang membuatkan penampilannya kelihatan lebih segar.

Dua lagi foto yang dimuat naik turut memperlihatkan Syamsul bersama pasukan kerjanya di pejabat dalam satu sesi mesyuarat, serta gambar kereta Ferrari miliknya yang kini berwajah baharu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan reaksi positif terhadap kemunculan semula Syamsul. Antara komen yang mencuri perhatian ialah daripada seorang pengguna yang menulis, “Hidup hidup, bangkit bangkit,” seolah-olah memberikan semangat baharu buat pengarah filem “Munafik” itu.

Ada juga yang mengusik Syamsul dengan cadangan untuk menghasilkan filem dengan tema psikologi seperti “Joker.” “Tak nak bikin filem genre ala-ala ‘psiko’ macam Joker ke, bro?” tulis seorang lagi netizen.

Tidak ketinggalan, seorang pengguna media sosial turut meninggalkan komen, “Lama tak lepak. Along makin muda, haha,” menggambarkan penampilan Syamsul yang masih kelihatan bertenaga dan bersemangat meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Topik Berkaitan Puteri Sarah Titip Pesanan Bijak Untuk Dr. Fie Hadapi Krisis Rumah Tangga

Komen-komen yang ditinggalkan turut disertakan dengan emoji ‘api,’ yang mungkin boleh diinterpretasikan sebagai pembakar semangat baharu untuk Syamsul terus berkarya dan berhadapan dengan situasi hidupnya kini.

Di kala Syamsul aktif semula di IG, isterinya, Ira Kazar, juga tidak ketinggalan dengan terus mengemaskini Instagram Story (IGs) miliknya.

Ira yang sering berkongsi momen bersama keluarga, lokasi tempat makan, serta video motivasi diri, tampak lebih tabah dan positif meskipun perkahwinan mereka kini berada di ambang perpisahan.

Pada 27 Ogos lalu, pasangan ini sepatutnya hadir di mahkamah untuk prosiding perceraian, namun kehadiran mereka tertangguh apabila dimaklumkan bahawa Ira baru sahaja melantik peguam untuk mewakilinya. Sehubungan itu, sebutan kes perceraian mereka ditangguhkan ke tarikh baharu, iaitu pada 25 September nanti.

Sebelum ini, pada 19 Ogos, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Alasan yang dikemukakan untuk perceraian tersebut adalah kerana tiada lagi kesefahaman antara pasangan itu.

Perkahwinan Syamsul dan Ira pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand pernah menjadi tajuk utama media, yang kemudiannya membawa kepada keretakan rumah tangga Syamsul dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Akhirnya, Syamsul dan Puteri Sarah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam yang kini berusia 7 tahun, dan Sumayyah yang berusia 5 tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ira Kazarputeri sarahSyamsul YusofSyamsul Yusof berceraiSyamsul Yusof bercerai dengan Ira Kazar
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

The Lament of Autumn Raih No. 1 di iQIYI Malaysia, Cinta Cheng Lei dan Xu Ruohan Penuh Rahsia!

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Drama China bukan sekadar tentang cinta pandang pertama dan adegan romantik. Ada kalanya, perasaan mula berputik ketika masing-masing menyimpan rahsia....

Read moreDetails
Netflix Never Surrender
Filem

Baru Ditayangkan, Filem ‘Never Surrender’ Terus Lonjak Top 10 Netflix Malaysia & Global

by Nurul A.
November 18, 2026

Filem aksi asli terbaharu Netflix, 'Never Surrender' (Serangan Balik), telah menduduki tempat pertama dalam senarai 10 Filem Bukan Bahasa Inggeris...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Filem Seram
Filem

4 Filem Seram Yang ‘Confirm’ Buat Kamu Tak Boleh Tidur Malam Ni!

by Nurul A.
November 15, 2026

Kebiasaannya hujung minggu merupakan waktu yang terbaik untuk menonton filem. Selain filem bergenre rom-com, thriller dan komedi, apa kata kamu...

Read moreDetails
will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
Spotlight

“Kami Terima Segala Kecaman”- Syifa Melvin Kesal Terlalu Ikut Emosi

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Kontroversi membabitkan usahawan dan pelakon, Syida Melvin bersama bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, nampaknya masih belum reda apabila kemelut...

Read moreDetails
Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Dadali, Repvblik, Armada & Samsons Wajib Tahu 3 Kejutan Konsert D.R.A.S. Ini

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Ada lagu yang cukup dengan mendengar intro sahaja, kita sudah teringat seseorang. Lebih-lebih lagi lagu patah hati yang pernah menjadi...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara