Sempena Black Friday, Vietjet menawarkan promosi istimewa selama tiga hari kepada pelancong Malaysia, merangkumi jutaan tiket Eco serendah RM268 sehala (termasuk cukai dan caj berkaitan) serta diskaun sehingga 20% bagi tambang Deluxe.
Black Friday Vietjet, Tiket Murah Untuk Tempoh Terhad
Mulai sekarang hingga 27 November 2026, penumpang boleh menempah tiket Eco pada harga promosi menerusi web atau aplikasi Vietjet Air.
Tawaran ini terpakai bagi penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hanoi dan Ho Chi Minh City untuk tempoh perjalanan dari 4 Januari hingga 31 Mei 2027 (tertakluk kepada tarikh pengecualian).
Bagi penumpang Deluxe, nikmati diskaun 10% untuk penerbangan antarabangsa (kod promosi FRIDAY10) dan diskaun 20% untuk penerbangan domestik di Vietnam (FRIDAY20).
Rebut peluang menikmati promosi Black Friday ini dan mula merancang percutian anda yang seterusnya!











