Tahun 2017 boleh dikatakan tuah buat penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi.

Selepas lagu duetnya bersama pengarah Syamsul Yusof berjaya menempatkan diri ke Anugerah Juara Lagu 2016 kini rezeki Mawi bertukar kepada industri penyiaran apabila beliau disunting untuk menjadi penyampai radio.

Stesen radio berkenaan yang masih lagi dirahsiakan namanya akan bersiaran pada bulan ini dengan frekuensi 104.9 fm. Selain Mawi, antara penyampai-penyampai radio ini adalah Faliq, Anas Tahir , Lin Ariffin, Shac dan ramai lagi.

Dengan tagline indah di hati, radio ini juga dijangka jadi pencabar IKIM.FM. Menurut Mawi, beliau sudah lama impikan kerjaya sebagai penyampai radio kerana sudah hampir 12 tahun beliau menunggu tawaran seumpama ini.

Tambah Mawi, sebelum ini beliau pernah bergelar juruhebah di sebuah pasaraya di Johor sebelum Akademi Fantasia mengubah kehidupannya.

IKLAN

Sama-sama kita nantikan jenama baharu stesen radio ini!

Sumber : Forum Hangat