Pentas peragaan Victoria Secret(VS) antara yang terkemuka di dunia. Malah kebanyakan model-model terkenal antarabangsa seperti Bella Hadid, Gigi Hadid, Kendall Jenner, Heidi Klum dan Adriana Lima antara yang mula dikenali menerusi pentas ini.

Adriana Lima Ucap Selamat Tinggal Pada Victoria Secret

Terbaru, pada awal November sesuatu yang mengejutkan dibuat Adriana apabila dia mengumumkan peragaan kali ini merupakan pertunjukannya yang terakhir. Memulakan kariernya sebagai model VS pada tahun 1999, Adriana mengambil keputusan untuk bersara selepas dua dekad dan 18 pertunjukan bersama jenama pakaian dalam wanita terkenal ini.

IKLAN

Victoria Secret Beri Penghormatan

Seperti sudah sebati dengan jenama ini, VS turut memberi penghormatan pada Adriana dengan menampilkan satu slot khas pada akhir peragaan koleksi terbaru mereka.

Dalam video tersebut, kelihatan semua penonton berdiri memberi penghormatan dan bersorak sebaik sahaja Adriana berjalan memperagakan VS buat kali terakhir. Selamat tinggal Adriana Lima!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda