Suatu ketika dahulu, sekitar tahun 2007 rancangan kanak-kanak popular Tom Tom Bak pernah menghiasi zaman kanak-kanak remaja kini. Diacarakan oleh pengacara popular Datuk Aznil Hj Nawawi rancangan itu juga pernah diserikan lagi dengan pengacara cilik, Haziq yang juga sudah meningkat remaja.
Tom Tom Bak Kembali
Kini, nostalgia kegemaran kanak-kanak itu bakal kembali dengan musimnya yang terbaharu. Setelah direhatkan buat seketika selama beberapa tahun, pengacara rancangan itu sendiri, Pak Nil telah mengumumkan khabar gembira tersebut.
Menerusi laman Instagram nya, Pak Nil memaklumkan Tom Tom Bak akan kembali dan ujibakat untuk mereka yang berminat juga bakal diadakan.
Pelawa Untuk Sertai Uji Bakat
Kongsi Pak Nil lagi, dia turut mempelawa mereka yang berusia 16 tahun kebawah dan mempunyai pelbagai bakat untuk sertai ujibakat ini. Tom Tom Bak kendalian Pak Nil merupakan antara rancangan kanak-kanak yang begitu popular malah begitu sinonim dengan Pak Nil selain dari rancangan Akademi Fantasia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.