Masih segar diingatan kami mengenai rantaian drama Nur yang berjaya mencetuskan fenomena nya tersendiri. Malah ada penonton yang turut beremosi melihatkan beberapa adegan yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon di dalam drama tersebut.

Drama Camelia Mula Beri Impak

Kini, drama terbaharu berjudul Camelia juga tidak kurang hebatnya memberi impak sehingga membuatkan penonton beremosi menonton watak yang dilakonkan oleh Ain Edruce di dalam drama itu menerusi slot Drama Sangat, TV3.

Dalam drama itu, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce,29 memegang watak sebagai Marina yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Lakonan Ain Edruce Yang Menjadi 

Baru sahaja memulakan ‘debut’ nya, namun lakonan menjadi daripada Ain membuatkan penonton begitu beremosi sehingga ada daripada mereka ingin menampar pelakon itu gara-gara ‘Marina’.

IKLAN

Dalam masa yang sama rata-rata daripada mereka turut memuji lakonan Ain biarpun berasa geram dengan sikapnya di dalam drama itu.

Selain Ain, drama Camelia turut dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Saharul Ridzwan, Datin Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin dan ramai lagi.