Tiada siapa yang mahukan rumahtangga yang dibina musnah begitu sahaja. Namun buat penyanyi dangdut, Sheeda, 56 dia akui terpaksa berpisah dengan bekas suami, Sukri Hashim, 39 atas dasar pengorbanan.

Bercerai 8 Bulan Yang Lalu 

Menurut Sheeda dia telah bercerai sejak lapan bulan yang lalu dan perpisahan itu dilakukan secara baik dan bukanlah disebabkan masalah rumah tangga atau orang ketiga.

“Di antara kami, tidak timbul masalah rumah tangga atau orang ketiga tetapi cukuplah saya katakan pengorbanan”

Dedah Sheeda lagi, bekas suaminya merupakan seorang lelaki yang cukup baik dan mahukan dia menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Selama 12 tahun hidup bersama, bekas suami saya memang lelaki yang baik dan sangat penyayang.

“Cuma, sudah tiba masa untuk kami membawa haluan masing-masing ke arah kehidupan lebih baik,”

IKLAN

Buat Solat Istikharah 

Malah, baginya bukan mudah untuk mereka berpisah apatah lagi dia turut membuat solat istikharah dan solat hajat memohon petunjuk seandainya perpisahan tersebut adalah jalan yang terbaik buat mereka.

“Bukan mudah untuk saya buat keputusan untuk bercerai itu. Tetapi, saya fikir pengorbanan perlu dilakukan.

“Saya nak bekas suami menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang. Apatah lagi, perbezaan jarak usia 17 tahun di antara kami,”

Namun, hubungan mereka masih baik seperti dahulu dan mempunyai seorang anak, Muhammad Aiman, 12 hasil perkongsian hidup bersama sebelum ini.

Sebagai info, Sheeda dan Sukri yang merupakan seorang guru telah berkahwin pada sekitar 2007. Hasil daripada perkahwinannya terdahulu, penyanyi ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hafizul Razli, Bienda dan Nurfazlinda Fazli.

IKLAN