Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

COVID-19 : Fazley Yaakob Sebak Terpaksa Berpisah Sementara Dengan Keluarga

by Khai Azfar
March 24, 2020
134
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sahaja yang mahu berjauh apatah lagi buat insan tersayang yang berada di hadapan mata. Itulah yang dirasai oleh Chef selebriti, penyanyi dan pelakon Datuk Fazley Yaakob yang meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berjauhan sementara waktu dengan keluarga tersayang.

Anak-Anak Menangis 

Lebih mengharukan, Fazley menerusi laman Instagram nya berkongsi sebuah posting video yang mana anak-anaknya turut menangis kerana terlalu rindukan dirinya.

Difahamkan, Fazley baru sahaja pulang dari Singapura selepas terlibat dalam penggambaran sebuah program masakan di sana.

“Sedih sangat. Saya sampai KL semalam petang selepas drive seorang diri dari Singapore.

Sampai depan rumah semua anak-anak meluru nak peluk tapi saya tak bagi. Saya masih kena self quarantine selama 14 hari”

Bukan sahaja anak-anak, malah dia dan isteri Datin Azrene Ahmad turut mengalirkan air mata melihatkan keadaan anak-anak mereka yang masih tidak mengerti dan ingin bersamanya.

Kuarantin Selama 14 Hari

Jelasnya, dia akur dengan keadaan semasa berikutan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia yang menyebabkan dia turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan kuarantinkan diri daripada keluarganya. Dedah Fazley lagi, dia akan duduk di sebuah rumah lain selama 14 hari sebelum pulang ke pangkuan anak-anak dan isteri.

“Buat anak anak Dida, “Wait for me ok, I will be home in 14 more days ok! I love you all and miss all of you so very much!” .

https://www.instagram.com/tv/B-GHcmgAQDp/?utm_source=ig_embed

Sebagai info, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini termasuklah sekatan perjalanan ke luar negara dan menyekat kemasukan pelawat ke negara ini.Lanjutan PKP akan ditentukan pada 30 Mac 2020.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Fazley Yaakob Diminta Anak-Anak Untuk Tukar Gaya 'Skinny Jeans', Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
dato fazley yaakob
https://lomp.at/pytcb
Share66Tweet28SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem