Temubual eksklusif Oprah Winfrey bersama Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle ternyata mengejutkan dunia kerana pasangan diraja ini telah mendedahkan beberapa perkara sulit dalam istana buat pertama kalinya.
Pengakuan Eksklusif
Antara pendedahan yang mengejutkan termasuklah pengakuan Duchess of Sussex itu yang mendakwa keluarga diraja Britain telah meluahkan kebimbangan mengenai warna kulit anak mereka, Archie yang dilahirkan dengan warna kulit yang terlalu gelap. Bukan itu sahaja, bekas pelakon itu turut mendakwa iparnya, Kate Middleton telah membuatkannya mengalirkan airmata berkenaan isu gaun gadis bunga.
Syarat Temubual Putera Harry & Markle
Di sebalik temubual tersebut, Oprah turut mededahkan beberapa fakta panas dan menarik berdasarkan persetujuan bersama Putera Harry dan Markle.
Tiada Sebarang Tapisan
Menurut Oprah, segala topik yang dibincangkan bersama dan disiarkan di seluruh dunia itu tidak mempunyai sebarang tapisan. Disebabkan itu, pendedahan seperti isu perkauman, monarki diraja dapat dikongsi buat pertama kalinya oleh pasangan diraja tersebut. Malah ia adalah permintaan mereka sendiri yang mahu tanpa sebarang suntingan.
Dibayar RM 5.7 Juta
Difahamkan, stesen televisyen ITV telah membayar £1 juta (RM5.7 juta) untuk hak penyiaran program tersebut selama dua jam. Impak dari siaran tersebut, seramai 17.1 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) telah menonton rancangan itu sekaligus menjadikannya sebagai program TV khas kedua yang meraih tontonan kedua tertinggi bagi tahun ini.
Iklan & Sinopsis Tidak Boleh Disunting
Pasangan diraja itu juga telah menetapkan bahawa iklan dan sinopsis untuk rancangan tersebut tidak boleh disunting sama sekali.
Hanya Dibenarkan Menggunakan Gambar & Video Disediakan
Sepanjang ditayangkan juga, Putera Harry dan Meghan juga hanya mahu penyiar menggunakan gambar dan video yang disediakan mereka untuk mempromosikan rancangan tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.