Pada siaran langsung Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) baru-baru ini, isu mengenai juruvideo yang dikatakan mengambil rakaman dan sisi persembahan finalis yang tidak menarik hangat diperkatakan.
Tuntut Permohonan Maaf
Di media sosial, terdapat segelintir netizen yang mengkritik hasil kerja mereka yang kononnya tidak professional dan seolah-olah baru sahaja belajar dalam bidang itu. Terbaru, seorang juruvideo yang dikenali sebagai Mohd Rafi menuntut permohonan maaf daripada beberapa orang netizen di laman Twitter.
Beri Masa 7 Hari
Difahamkan, netizen tersebut telah memuatnaik ciapan berbaur kecaman baru-baru ini berikutan tidak berpuas hati dengan kualiti rakaman program tersebut. Komen Rafi, dia memberi masa selama 7 hari kepada netizen tersebut untuk membuat permohon maaf secara terbuka.Sekiranya gagal berbuat demikian, dia berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Dalam pada itu, segelintir pengguna yang lain turut mempersoalkan kembali tuntutan tersebut selain mendakwa kualiti rakaman pada Ahad lalu sememangnya mengecewakan. Sekadar info, AJL35 buat pertama kalinya berlangsung dalam norma baharu tanpa penonton yang bersiaran langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam Selangor.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.