Sucinya Ramadan, Tema Kempen Program Khas Ramadan RTM 2021 yang akan menyajikan program-program terbaharu sepanjang Ramadan tahun ini.
Pelbagai pilihan tayangan program-program terbaik akan disiarkan menerusi tiga saluran utama iaitu TV1, TV2 dan TV Okey.
Dokumentari Syahadah Memaparkan Keindahan Islam
Lebih satu dekad bersiaran, dokumentari ‘Syahadah’ akan memaparkan keindahan Islam melalui ‘Way of Life’ dalam kalangan masyarakat Islam kontemporari berlandaskan al-Quran mulai 13 April, pukul 6.30 petang menerusi TV1.
Bual Bicara Interaktif Yang Menarik
Tahun ini berbeza daripada kebiasaan, program baharu ‘BORAK DULU #barubuka’ akan mengundang tokoh agama dan pakar motivasi yang akan membawa persoalan yang menarik sepanjang Ramadan. Program ini bersiaran mulai 12 April hingga 12 Mei 2021, pukul 7.00 malam.
Elly Mazlein Hos Program Masakan Terbaru
Sebagai daya penarik, TV1 diserikan dengan kemunculan Elly Mazlein sebagai hos program masakan bertajuk ‘Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom’.
Bermula 13 April setiap hari, pukul 12.30 tengah hari, program ini akan berkongsi menu dengan tetamu-tetamu jemputan dan selebriti popular tanah air.
Tayangan Telefilem Ekslusif Setiap Sabtu
Nikmati empat telefilem eksklusif bagi mengisi slot Panggung RTM disiarkan setiap Sabtu, pukul 9.00 malam iaitu ‘Bilal Gantian’ (17 April), ‘Selumbar’ (24 April), ‘Terlajak Subuh’ (1 Mei) dan ‘Ku Genggam Kunci Syurga’ (8 Mei).
Pengisian Program Kerohanian Dan Keagamaan
Pengisian program kerohanian dan keagamaan terbitan JAKIM dikongsikan menerusi tazkirah dalam ‘Tadabbur Ramadan’ yang disampaikan oleh barisan pendakwah, disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 6.00 petang.
Manakala ‘Salam Pagi’ setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 pagi akan mengajak penonton memahami kitab suci al-Quran dan peranannya dalam kehidupan seharian.
Diharapkan penyajian program-program khas Ramadan ini dapat memberikan kita sedikit sebanyak impak dalam menjalani ibadah puasa. Selamat berpuasa!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.