Usahawan sensasi Safiey Illias menerusi sebuah hantaran di Instagram menafikan dakwaan kononnya dia bakal berpindah ke Bangkok, Thailand.
Safiey Masih Sayangkan Ibu Bapa
Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin Bin Illias mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut selepas berkongsi tangkap layar keratan Harian Metro yang menyatakan dia bakal berpindah ke negara jiran.
Menurut Safiey, dia masih sayangkan negara dan ibu bapanya sekaligus menafikan dakwwaan tersebut.
“Tak laaa…Saya masih sayang Malaysia dan mak ayah saya,” tulisnya ringkas
Jual Pelbagai Aset
Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai spekulasi usahawan itu bakal berpindah ke Bangkok selepas bertindak menjual pelbagai aset seperti rumah dan kereta mewah miliknya. Dalam sebuah hantaran lain, kereta jenama Mustang itu bakal dijual bermula RM 240,000 hingga RM 270,000 mengikut spesifikasi.
Sebelum ini, Safiey memuat naik gambar dirinya bersama bagasi dipercayai berada di sebuah lapangan terbang.
“Mungkin ini yang terbaik Bismillah” kongsinya
Bagaimanapun rata-rata berpendapat hantaran tersebut merupakan foto lama miliknya berdasarkan orang ramai yang turut kelihatan bersama Safiey tidak memakai pelitup muka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.