Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Awesome Raja Lawak Tampilkan Kejutan Libatkan Alumni Raja Lawak Malam Ini!

by Arsiqin Yusof
October 19, 2022
Share on Facebook

Pejam celik, program Awesome TV telah memasuki minggu keenam minggu lalu, dan malam ini, pastinya ia bakal bersiaran sekali lagi menemui para penonton sebelum semua peserta mara ke pentas akhir tidak lama lagi.

Semakin lama, semangat dan disiplin para peserta jelas kelihatan kerana program ini tentunya mempunyai cabaran tersendiri.

Menurut Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, pengisian lawak yang dipersembahkan para peserta bukanlah hanya kelakar semata-mata, namun berkait dengan isu semasa yang mudah difahami penonton.

Malah, penampilan istimewa alumni Raja Lawak juga ternyata mendapat respons yang baik daripada penonton.

“Setelah enam minggu bersiaran, pastinya kita telah dapat saksikan kematangan dalam persembahan komedi oleh barisan peserta yang masih bertanding di pentas Awesome Raja Lawak. Pengisian lawak yang mereka sampaikan juga berkaitan dengan isu semasa yang memudahkan masyarakat menerimanya. Rata-rata juga tampil dengan konten berkualiti yang seimbang, bertenaga serta sarat dengan mesej yang padu.

“Respons baik penonton sangat ketara di studio dengan maklum balas positif yang diterima untuk persembahan
minggu keenam bertemakan ‘Sejarah/Kenangan’ cukup meriah dengan penampilan istimewa alumni Raja Lawak seperti Amir, Caca Dboss, Mamak, Wann Wala, Man Pos, Abu Mamu, Ajo Mamu, Chot XOXO dan Achok Chilok. Keputusan untuk membawa masuk pelawak-pelawak senior kelahiran program Raja Lawak untuk mengiringi setiap persembahan ternyata berjaya memberikan saingan yang sengit pada minggu ini. Usaha dan keazaman para peserta juga harus dipuji kerana telah menunjukkan peningkatan konsisten saban minggu sehingga berjaya membuka mata barisan juri dan para penonton. Ini bermakna para peserta sudah mendapat rentak dan mula menunjukkan taring sebenar.

“Mengulas mengenai persembahan minggu ini, Kumpulan Mabo merupakan peserta paling menyerlah apabila berada di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 82%. Persembahan Mabo mengenai kisah kenangan sewaktu bersahur yang diiringi oleh Man Pos yang juga merupakan bekas juara Raja Lawak Musim Keenam, berjaya menggamatkan suasana di studio sehingga menerima pujian dan standing ovation daripada pihak juri. Lebih mengujakan, barisan juri juga turut memberikan 3 ‘UP’ kepada kesemua 9 peserta yang bertanding kerana cukup terhibur dengan sketsa yang dipersembahkan pada minggu ini.

“Dalam pada itu, tiga peserta yang mendapat kedudukan terendah iaitu Kumpulan Semmat, Azhar dan Hanif menarik nafas lega selepas pihak juri mengumumkan tiada sebarang penyingkiran sekaligus melayakkan kesemua mereka untuk mara ke pusingan seterusnya,” katanya berkenaan Awesome Raja Lawak minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas menambah, hasil menampilkan alumni Raja Lawak telah menyumbang peningkatan tontonan sebanyak 2 juta untuk minggu keenam berbanding sebelumnya.

“Kami amat berbesar hati dengan kejayaan cemerlang program Awesome Raja Lawak yang bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam yang sudahpun merekodkan jumlah tontonan terkumpul sebanyak 16 juta sepanjang enam minggu bersiaran di kesemua platform termasuk digital.

“Strategi membawa masuk alumni Raja Lawak ternyata berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sehingga menyaksikan peningkatan jumlah tontonan sebanyak 2 juta untuk episod minggu lalu sahaja khususnya berbanding minggu terdahulu. Ini merupakan pencapaian yang amat memberangsangkan.

“Kehadiran alumni bukan sahaja menyuntik elemen kelainan untuk menghiburkan penonton, malah turut mengimbau nostalgia dan memori kegemilangan pentas Raja Lawak sejak mula diterbitkan pada tahun 2007. Peranan alumni dalam program Awesome Raja Lawak sebagai pencetus inspirasi bukan sahaja mampu menaikkan motivasi dan moral para peserta, malah ia juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran untuk mengutip ilmu dan pengalaman yang berharga buat para peserta sebagai persediaan untuk mara ke peringkat seterusnya yang jauh lebih mencabar,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Awesome Broadcasting Sdn Bhd (@awesometvmalaysia)

Ekoran itu, pihak produksi membuat keputusan untuk tampil dengan kejutan dengan ‘Gelanggang Awesome Raja Lawak #Alumni’ malam ini.

“Susulan keberkesanan strategi dan impak tersebut, kami membuat keputusan memperkenalkan pusingan khas ‘Gelanggang Awesome Raja Lawak #Alumni’ sebagai kejutan untuk episod ketujuh pada hari Rabu, 19 Oktober ini, yang bakal menyaksikan pertembungan sengit secara one-off di antara barisan alumni terpilih bagi merebut ganjaran RM10,000. Barisan alumni yang bakal bersaing di pentas khas tersebut ialah Mamak, Abu Mamu, Ajoe Mamu, Man Pos, Caca Dboss, Wann Wala, Achok, Chot, Pak Cu, Che Mat, Faiz, Kijat, Atan, Amir, Momo, Yim dan Idlan.

“Inisiatif menerbitkan episod khas ini juga merupakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada para peminat setia yang tidak pernah jemu menghulurkan sokongan kepada Awesome TV selama ini. Besar harapan kami agar taruhan minggu ini dapat mengekalkan momentum program Awesome Raja Lawak dan kami jangkakan sambutan yang bakal diterima akan terus meningkat untuk minggu-minggu seterusnya.

“Untuk rekod juga, Awesome TV telah berjaya mencatatkan jumlah tontonan terkumpul yang melonjak sehingga 2.6 bilion sejak stesen ini mula beroperasi pada tahun 2020 sehingga kini. Ini adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan, pengguna dan media, Nielsen Malaysia.

“Statistik tersebut membuktikan program-program terbitan Awesome TV berjaya membekaskan impak di hati rakyat Malaysia sekaligus menjadikan stesen ini sebagai destinasi utama untuk menikmati program-program hiburan berkualiti di Malaysia. Teruskan menonton variasi programprogram hebat Awesome TV di saluran Astro (123) dan MyTV (112),” katanya lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Alumni Raja LawakAwesome Raja Lawak
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Misha Omar
Spotlight

“Aku & Lelaki”, Misha Omar Kembali Dengan Showcase Eksklusif

by Nurul A.
September 3, 2026

Selepas kejayaan siri showcase 'Back to Basic' dan 'DiA', penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar bakal kembali menemui peminat menerusi...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Dadali, Repvblik, Armada & Samsons Wajib Tahu 3 Kejutan Konsert D.R.A.S. Ini

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Ada lagu yang cukup dengan mendengar intro sahaja, kita sudah teringat seseorang. Lebih-lebih lagi lagu patah hati yang pernah menjadi...

Read moreDetails
Spotlight

3DIVA Kembali Ke Malaysia! Tiket Mula Dijual 5 September, Early Bird Serendah RM138

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Siapa yang membesar dengan lagu-lagu Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ? Kalau nama-nama ini terus membawa anda kembali kepada...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
PU Amin
Spotlight

PU Amin Gesa Boikot Drama-Filem Berunsur Cinta Songsang- “Tunggu Azab Baru Nak Sedar?”

by Nurul A.
September 2, 2026

Pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin mencuri perhatian apabila menyuarakan kebimbangannya terhadap lambakan drama dan filem yang cuba mengetengahkan unsur...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
pami thailand
Spotlight

“loser”, Artis Thailand pami Mahu Terus Bercinta Untuk Elak Rasa Sunyi

by Nurul A.
October 5, 2026

Artis Thailand, pami, kembali dengan single terbaharunya, ‘loser’, yang meneroka sisi rapuh percintaan remaja masa kini. Terperangkap antara keinginan untuk...

Read moreDetails
Spotlight

Bila Muzik Tak Lagi Sekadar Muzik, Kata-Kata Amy Lee Kembali Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Pernah tak anda terfikir, sejauh mana seorang artis patut bersuara tentang isu dunia? Persoalan itu kembali menjadi bualan selepas rapper...

Read moreDetails
Spotlight

Nak Sambut ‘Hari Malaysia’ Depan TV? Ini 3 Program Khas RTM TV2 Pada 16 September

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Semangat menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos mungkin sudah berlalu, tetapi aura cintakan Malaysia tidak sepatutnya berhenti di situ. Daripada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara