Kalau kamu lihat Meghan Markle, Tun Aminah, Alia Bhatt, Kiara Advani, apa persamaan mereka pada hari perkahwinan?
Bukan busana perkahwinan tetapi solekan yang dikenakan mereka. Solekan ‘no-makeup look’ yang memberi impak kepada keseluruhan penampilan raja sehari.
Solekan natural bukan bermakna bebas riasan cumanya ia lebih light secara keseluruhan. Cara kamu mengenakan eyeshadow, blusher, gincu dalam warna yang dekat dengan tona kulit. Solekan ini boleh dikatakan cantik malah nampak semula jadi serta manisnya pada raja sehari.
Bukan sahaja cantik, solekan ini paling sesuai untuk majlis kahwin. Lagi pula majlis kahwin yang diadakan di negara kita. Kenapa? Inilah nak dikongsikan…
Cuaca panas di Malaysia
Kita tahu negara kita 90% adalah cuaca panas. Jadi, memakai asas ringan dapat membantu kulit bernafas dan kamu tidak perlu risau akan solekan cair dan sebagainya.
Kamu kelihatan lebih muda
Ciri semula jadi kamu lebih menarik apabila kamu menggunakan warna yang tidak terlalu tebal. Contohnya feature seperti freckles ditonjolkan untuk menambahkan seri. Atau untuk kelainan aplikasikan highlighter pada tulang pipi atau mungkin lip gloss di bibir.
Sangat klasik
10 tahun dari sekarang, kamu tidak perlu cringe lagi bila melihat gambar perkahwinan, lagi-lagi trend solekan. Kamu sebenarnya akan kelihatan seperti diri kamu sendiri, yang menjadikannya kekal abadi.
Pilihan perkahwinan diraja
Lihat sahaja solekan Meghan Markle ketika hari bahagianya, sangat ringkas sehinggakan freckles masih jelas kelihatan. Meghan hanya memberi tumpuan pada solekan mata untuk memberi kesan dramatik. Begitu juga Tun Aminah, di mana beliau sangat fokuskan pada kening dan maskara, selebihnya hanya solekan nude biasa.
Bagaimanapun cara solekan kamu, ingat bahawa kamulah yang paling cantik pada hari bahagia tersebut.!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.