Tuesday, May 7, 2024

“Saya Dan Buat Report”, Individu Guna Gambar Fauziah Nawi Kutuk Mawi Dan Ekin Di Platform X

151
KONGSIAN

Sebelum ini isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin Rahmat terkejut apabila dicaj RM1,260 untuk hidangan makanan laut di sebuah medan selera di Johor Bahru.

Dikenakan Caj Yang Agak Mahal

via Instagram Mawi

Jelas Ekin atau nama penuhnya Nora’ Asikin Rahmat, sebagai anak jati Johor Bahru, sudah menjadi kelazimannya menjamu selera di medan selera tersebut, tetapi di sebuah kedai berbeza.

Tambah Ekin, bukan semua kedai di medan selera terbabit mengenakan caj yang mahal dan ini merupakan pengalaman pertama kali dia serta keluarga menjamu selera di kedai tersebut.

Dalam hantaran di akaun Instagramnya Ekin turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.

Menggunakan Gambar Fauziah Nawi

Terbaru, pelakon senior Datuk Fauziah Nawi mendedahkan yang ada individu menggunakan gambarnya di platform X.
Fauziah Nawi ada memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya memaklumkan bahawa terdapat individu yang membuka akaun X dengan menggunakan akaun bernama Kak Jah Sungai Dua dan menggunakan gambarnya.
Untuk makluman ada orang yang buka akaun Twitter (X) atas nama Kak Jah Sungai Dua menggunakan gambar saya.
Ini bukan akaun saya. Saya dah buat report.
Dia juga turut menyatakan bahawa dia juga telah melakukan laporan terhadap kejadian yang terjadi tersebut.

Mengulas Isu Ekin Dan Mawi

via Instagram Fauziah Nawi
Melihat kepada gambar yang dikongsi oleh Fauziah Nawi, individu berkenaan mengulas mengenai isu bayaran gerai makan yang melibatkan penyanyi Mawi dan isterinya, Ekin.
Menerusi balasan komen yang ditinggalkan oleh pengikut Fauziah, ramai menyokong tindakannya itu dan beranggapan tindakan individu menggunakan gambarnya sebagai sesuatu yang melampau.
Bukan itu sahaja, Mawi juga turut memberikan komen terhadap gambar tersebut dan mendoakan agar Fauziah Nawi dipermudahkan segala urusannya.
+1
2
+1
1
+1
1
+1
3
+1
5
+1
10

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI