Sebelum ini isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin Rahmat terkejut apabila dicaj RM1,260 untuk hidangan makanan laut di sebuah medan selera di Johor Bahru.
Dikenakan Caj Yang Agak Mahal
via Instagram Mawi
Jelas Ekin atau nama penuhnya Nora’ Asikin Rahmat, sebagai anak jati Johor Bahru, sudah menjadi kelazimannya menjamu selera di medan selera tersebut, tetapi di sebuah kedai berbeza.
Tambah Ekin, bukan semua kedai di medan selera terbabit mengenakan caj yang mahal dan ini merupakan pengalaman pertama kali dia serta keluarga menjamu selera di kedai tersebut.
Dalam hantaran di akaun Instagramnya Ekin turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.
Menggunakan Gambar Fauziah Nawi
Terbaru, pelakon senior Datuk Fauziah Nawi mendedahkan yang ada individu menggunakan gambarnya di platform X.
Fauziah Nawi ada memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya memaklumkan bahawa terdapat individu yang membuka akaun X dengan menggunakan akaun bernama Kak Jah Sungai Dua dan menggunakan gambarnya.
Untuk makluman ada orang yang buka akaun Twitter (X) atas nama Kak Jah Sungai Dua menggunakan gambar saya.
Ini bukan akaun saya. Saya dah buat report.
Dia juga turut menyatakan bahawa dia juga telah melakukan laporan terhadap kejadian yang terjadi tersebut.
Mengulas Isu Ekin Dan Mawi
via Instagram Fauziah Nawi
Melihat kepada gambar yang dikongsi oleh Fauziah Nawi, individu berkenaan mengulas mengenai isu bayaran gerai makan yang melibatkan penyanyi Mawi dan isterinya, Ekin.
Menerusi balasan komen yang ditinggalkan oleh pengikut Fauziah, ramai menyokong tindakannya itu dan beranggapan tindakan individu menggunakan gambarnya sebagai sesuatu yang melampau.
Bukan itu sahaja, Mawi juga turut memberikan komen terhadap gambar tersebut dan mendoakan agar Fauziah Nawi dipermudahkan segala urusannya.
Selepas tujuh tahun menyepi daripada dunia lakonan, pelakon popular Azar Azmi akhirnya kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama bersiri Bulan...
Nampaknya perbalahan antara anak-anak Jolie-Pitt dengan bapa mereka, pelakon Brad Pitt tidak menemui jalan penyelesaian. Untuk makluman, sebelum ini beberapa...
Penyanyi Maia Estianty mendedahkan keunikan perkahwinannya dengan ahli perniagaan Irwan Mussry. Kebiasaannya, pasangan suami isteri akan tinggal bersama, di bawah...
Baru-baru ini pelakon Nadiyah Shahab menjadi perhatian ramai selepas berkongsi gambar bersama beberapa ekor haiwan yang didakwa serigala. Menerusi perkongsiannya...
Seramai 2000 peminat berhimpun di luar sebuah gereja untuk menyaksikan perkahwinan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez....