Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tidak Malu Mengaku Pakai Alat Bantu Dengar, Ratu Rock Ella Alami Masalah Pendengaran Kedua-Dua Telinga

by Puteri Alia
November 6, 2023
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Meskipun terkenal dengan nama julukan sebagai legenda Ratu Rock Tanah Air, Ella tidak malu untuk mendedahkan bahawa dia kini berdepan masalah pada kedua-dua telinga sejak setahun lalu.

Bahkan, Ella tidak malu mengakui menggunakan alat bantu dengar bagi mempertajamkan deria pendengarannya.

Katanya, tiada sebab untuk berasa rendah diri atau terikat dengan stigma masyarakat yang menganggap penggunaan alat sokongan pada telinga hanya untuk individu pekak.

“Tiada sebab saya nak rasa malu atau anggap diri mempunyai kekurangan apabila memakai alat bantuan pendengaran hanya kerana status saya sebagai penyanyi senior.

“Kalau alat ini dapat membantu saya mendengar dengan lebih sempurna serta melancarkan urusan harian dan kerjaya, kenapa tidak saya menggalakkan orang lain juga lebih peka dengan perubahan diri sendiri.

“Stigma alat bantuan ini hanya untuk orang hilang pendengaran seharusnya dikikis, malah saya harap dapat suntik kesedaran kepada orang ramai supaya membuat pemeriksaan tahunan,” katanya.

Sekitar September tahun lalu pemilik nama sebenar Nor Azila Aminuddin, 57, itu membuat pengakuan hanya mengetahui telinganya bermasalah selepas menjalani pemeriksaan ketika menghadiri program anjuran GHCC.

Biarpun tidak teruk iaitu pada tahap pertengahan, masalah pendengaran yang berpunca daripada aktiviti menyelam selain terdedah kepada bunyi-bunyian kuat dapat diseimbangkan selepas menggunakan alat bantu tersebut.

Sebagai penghibur yang hampir empat dekad terbabit dalam industri muzik, pelantun lagu Permata Pemotong Permata itu juga berharap teman seperjuangan jangan berlengah andai merasakan tanda-tanda pendengaran terjejas.

“Sebelum ini, ada rakan bertanya mengapa saya pakai alatan di telinga, jadi saya jelaskan yang saya boleh dengar tetapi tidak setajam orang lain. Sebenarnya sesiapa saja boleh buat pemeriksaan kalau rasa kurang selesa pada pendengaran,” katanya.

Ella yang dilantik sebagai duta GHCC bakal mengikuti kempen badan itu bagi menyuntik kesedaran mayarakat terhadap kepentingan penjagaan deria pendengaran serta melakukan pemeriksaan.

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini
ella
https://lomp.at/aakfh
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem