Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sanggup Tanggung Kesalahan Untuk Tutup Aib Rumah Tangga, Nora Danish Akui Dia Bukan Isteri Yang Dimanjakan

by Puteri Alia
June 14, 2024
208
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon terkenal, Nora Danish atau Nora Mohd Danish Hanif, meluahkan rasa kecewa apabila pendekatannya untuk tidak bercakap banyak mengenai isu rumah tangganya telah mencetuskan spekulasi liar.

Nora, yang lebih dikenali sebagai seorang yang menjaga privasi, memilih untuk menanggung semua kesalahan di atas bahunya asalkan orang lain berbahagia.

“Biar luaran nampak kita yang buruk kerana dari dahulu saya bukan jenis suka mengaibkan orang sebab diri sendiri pun bukan sempurna,” ujarnya dalam satu perkongsian di Instagram Story.

“Masalah keluarga biar saya sahaja yang telan. Apabila kita membuat pilihan berdiam dan bertapis, terlalu banyak spekulasi timbul sampai dituduh bermacam-macam. Tapi alhamdulillah saya sudah bersedia. Saya akan tanggung semua kesalahan asalkan semua pihak bahagia.”

Nora, yang terkenal dengan filem Polis Evo 3, juga menegaskan bahawa dia adalah seorang wanita yang sudah biasa berdikari tanpa mengharapkan wang suami seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, sejak dulu dia sudah biasa bekerja dengan kudrat yang ada bagi membantu ekonomi keluarga, sekali gus bukan jenis isteri manja.

“Saya bekerja tanpa henti sejak awal untuk keluarga dan anak-anak saya. Dari dahulu saya tak pandai meminta-minta walaupun dengan suami sendiri. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Allah kerana memberikan kudrat dan rezeki.

“Bukan niat membanggakan diri sendiri cuma saya hendak menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyangka saya dimanjakan,” jelasnya.

Sekitar April lalu, Nora secara terbuka mengakui perkahwinannya dengan Nedim Nazri berdepan kemelut selain menyatakan tinggal berasingan.

Topik Berkaitan Reaksi Jejai Bila Ditanya Nak Kahwin Semula Dengan Nora Danish Buat Ramai Terkejut

Bagaimanapun, mereka sama-sama berusaha menangani semua permasalahan secara matang dan menyelesaikan semua isu dengan baik.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, yang kini berusia enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, yang kini berusia 15 tahun, sebelum bercerai pada 2008.

Nora juga berkongsi bahawa dia memilih untuk berdiam diri bukan kerana lemah, tetapi kerana enggan mengaibkan orang lain. Keputusannya untuk menanggung beban spekulasi dan salah faham adalah tanda kekuatan dan keikhlasannya untuk menjaga keharmonian dalam keluarga dan hubungan.

“Masalah keluarga biar saya sahaja yang telan. Apabila kita membuat pilihan berdiam dan bertapis, terlalu banyak spekulasi timbul sampai dituduh bermacam-macam. Tapi alhamdulillah saya sudah bersedia. Saya akan tanggung semua kesalahan asalkan semua pihak bahagia,” katanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bossnednedimnora danish
Share83Tweet52SendShare

KINI TRENDING

Penyanyi Mexico
Spotlight

Penyanyi Mexico Tuai Kecaman, Tampil Gayakan Korset Dada Lelaki

by Nurul A.
November 19, 2026

Di Anugerah Grammy Latin 2026, penyanyi Mexico Sofia Monroy telah menarik perhatian dengan korsetnya yang menyerupai badan lelaki. Penampilannya itu...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Spotlight

Kenapa Ben Amir Minta Netizen Tonton The Arrivals Selepas Isu Konsert The Weeknd?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu konsert The Weeknd yang sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
PAI Anisha Rosnah
Spotlight

Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

by Nurul A.
November 9, 2026

Pengiran Muda Abdul Mateen dan isterinya Pengiran Anak Isteri (PAI) Anisha Rosnah telah mencuri perhatian semasa menghadiri ulang tahun ke-80...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara