Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Achey Akui ‘Menumpang Aura’ Anak Angkat, Persoal Kelayakan Jadi Bapa Tiara

by Puteri Alia
May 15, 2025
Share on Facebook

Bersempena ulang tahun kelahiran anaknya yang ketujuh, pelawak Achey meluahkan rasa penuh syukur dan emosi terhadap kehadiran puteri kesayangannya, Tiara, yang disifatkan sebagai anugerah paling besar dalam hidupnya.

Dalam satu hantaran menyentuh hati di Instagram, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 39, berkongsi perasaan mendalam tentang peranannya sebagai seorang bapa, yang sering membuatkan dirinya tertanya-tanya sama ada dia benar-benar layak memikul tanggungjawab itu.

Pelawak popular ini secara jujur mengakui bahawa ada segelintir pihak yang melihat seolah-olah dirinya ‘menumpang’ aura anak angkatnya itu. Namun, Achey tidak menafikan pandangan tersebut, malah menerima kenyataan itu dengan hati terbuka.

Katanya, jika dia menafikan, ia mungkin mengundang ketidakselesaan orang lain. Dalam luahannya, Achey turut berkongsi bagaimana air matanya sering tumpah apabila memikirkan kehebatan seorang anak kecil yang begitu disayangi ramai.

Achey turut menitipkan doa agar Tiara sentiasa menjadi insan yang baik dan mampu menghadapi apa sahaja dugaan dalam hidup. Sebagai ibu bapa, dia dan isteri mengakui mungkin ada kekurangan dalam mendidik dan membentuk keperibadian anak itu, namun mereka berharap Tiara akan membesar menjadi insan yang mampu memperindahkan peribadinya sendiri suatu hari nanti.

Tiara merupakan anak angkat Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya, yang diambil sebagai anak sejak bayi pada tahun 2018. Sejak itu, kehidupan pasangan ini dilihat semakin ceria dan bermakna dengan kehadiran cahaya mata yang sering menjadi tumpuan ramai di media sosial.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
achey boceytiara
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Foto - @bollywoodbubble (IG)
Bollywood

Sisi Gelap Suami Aishwarya Rai Yang Buat Ramai Tak Tahu, No.3 Paling Mengejutkan!

by Nurul A.
September 20, 2026

Abhishek Bachchan ialah anak kepada pelakon legenda India, Amitabh Bachchan dan suami kepada Aishwarya Rai. Semua orang mengenali Amitabh, walaupun...

Read moreDetails
Spotlight

“Yang Berbahagia Datuk Siti Roziana Binti Zin” – Peminat Ucap Tahniah Buat Ziana Zain

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain, menerima ucapan tahniah daripada peminat selepas menerima pengiktirafan dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang...

Read moreDetails
Yu Yuhan
Spotlight

[VIDEO] Terlalu Taksub, Netizen Sokong Yu Yuhan ‘Lempang’ Peminat Sasaeng

by Nurul A.
September 1, 2026

Tak dinafikan ramai selebriti antarabangsa sering diganggu oleh peminat fanatik, dan nampaknya penyanyi-pelakon China, Yu Yuhan sudah tidak tahan dengan...

Read moreDetails
D'Masiv "Asia Home Run"
Spotlight

D’Masiv Kembali Ke KL Menerusi Jelajah “Asia Home Run” November Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Selepas siri jelajah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan D'Masiv yang berasal dari Indonesia, kini sedia bertemu peminat di Asia...

Read moreDetails
Spotlight

Bila Muzik Tak Lagi Sekadar Muzik, Kata-Kata Amy Lee Kembali Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Pernah tak anda terfikir, sejauh mana seorang artis patut bersuara tentang isu dunia? Persoalan itu kembali menjadi bualan selepas rapper...

Read moreDetails
Puteri Jalila, anak saudara Raja Abdullah II
Spotlight

Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

by Nurul A.
August 6, 2026

Puteri Jalila binti Ali, iaitu anak saudara Raja Abdullah II dan Ratu Rania, yang berusia 20 tahun telah mencuri perhatian...

Read moreDetails
Surviving Beauty, Camelia TV3, Thailand
Spotlight

Dari Thailand Ke Malaysia, Slot Camelia TV3 Bawa “Surviving Beauty” Untuk Peminat

by Nurul A.
September 14, 2026

TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu,...

Read moreDetails
meadow rain walker, anak paul walker
Spotlight

Tampil Di Ulang Tahun Ke-25 “The Fast & The Furious”, Anak Paul Walker Curi Perhatian

by Nurul A.
August 21, 2026

Anak perempuan mendiang Paul Walker, Meadow Rain Walker menjadi tumpuan ramai selepas menghadiri tayangan filem sempena ulang tahun filem "The...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

  4. 4

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara