Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

AirAsia Tempah 150 Pesawat Airbus A220, Ini 5 Perkara ‘Kaki Travel’ Kena Tahu

by Phic ARMAN
May 7, 2026
11
KONGSIAN
Share on Facebook

AirAsia X Berhad (AAX) sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila mengumumkan pembelian besar-besaran pesawat Airbus A220-300 bernilai kira-kira USD19 bilion. Bukan sekadar pembelian biasa, langkah ini dianggap antara strategi paling besar AirAsia untuk masa depan industri penerbangan mereka.

Ini 5 perkara besar yang anda perlu tahu tentang pengumuman bersejarah ini.

1. AirAsia Tempah Sehingga 300 Pesawat Baharu

AirAsia mengesahkan tempahan rasmi sebanyak 150 pesawat Airbus A220-300, namun apa yang lebih mengejutkan mereka turut mempunyai pilihan untuk menambah sehingga 300 buah pesawat pada masa depan.

Tempahan ini juga menjadi rekod dunia sebagai pembelian terbesar pesawat Airbus A220 pernah dibuat oleh mana-mana syarikat penerbangan setakat ini.

2. Jadi Syarikat Pertama Dunia Guna Konfigurasi 160 Tempat Duduk

AirAsia bakal menjadi pelanggan pertama dunia yang menggunakan konfigurasi khas 160 tempat duduk bagi pesawat Airbus A220.

Pesawat ini direka untuk memberi kapasiti lebih optimum, terutamanya bagi laluan yang mempunyai permintaan sederhana tetapi memerlukan penerbangan lebih kerap.

3. Lebih Jimat Minyak & Mesra Alam

Dalam keadaan harga bahan api yang semakin tinggi, Airbus A220 dilihat sebagai pilihan bijak kerana pesawat ini menggunakan kira-kira 20 peratus kurang bahan api berbanding model Airbus A320 lama.

Malah, pelepasan karbonnya juga lebih rendah, sekali gus membantu AirAsia bergerak ke arah operasi penerbangan yang lebih lestari.

Topik Berkaitan Oh Sem Malaysia! Tourism Malaysia & AirAsia MOVE Ajak Anda Terokai Permata Tersembunyi Negara

4. AirAsia Nak Tambah Lagi Banyak Laluan Baharu

Dengan kemampuan penerbangan sehingga tujuh jam, pesawat ini membolehkan AirAsia membuka lebih banyak laluan yang sebelum ini dianggap kurang menguntungkan.

Ini termasuk destinasi kecil dan hab sekunder di rantau ASEAN serta Asia Pasifik yang mungkin selepas ini bakal menerima lebih banyak penerbangan AirAsia.

5. Pesawat Baharu Ini Bakal Ubah Strategi AirAsia

Pesawat Airbus A220 dijangka mula diterima pada tahun 2028 dan akan digunakan untuk laluan serantau.

Dalam masa sama, pesawat Airbus A320, A321 dan A330 sedia ada akan dialihkan untuk penerbangan jarak sederhana dan jauh termasuk ke Eropah, Australia serta Amerika Utara.

Langkah ini menunjukkan AirAsia bukan sahaja mahu terus kekal sebagai syarikat penerbangan tambang rendah popular di Asia, tetapi juga sedang bersedia menjadi pemain global yang lebih besar pada masa depan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasiaAirbus A220-300
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Rakyat Sarawak Boleh Shopping IKEA Dengan Harga Sama, Ini Lokasi Gedung Baharu!

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Berita baik buat rakyat Sarawak! IKEA Malaysia bakal membuka gedung fizikal pertamanya di Sarawak pada 27 November 2026, bertempat di...

Read moreDetails
Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
LifeXplore

“12,000 Peminat Memenuhi Arena”- Penganjur Kongsi Makna Kepulangan Avenged Sevenfold

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Membawa masuk kumpulan rock antarabangsa bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi apabila nama tersebut sudah 11 tahun tidak membuat persembahan di...

Read moreDetails
The Weeknd
LifeXplore

Nak Elak Barang Dirampas Di Pintu Masuk? Jom Semak Checklist Konsert The Weeknd!

by Nurul A.
October 29, 2026

MURAI yakin ramai peminat The Weeknd tidak sabar menantikan tarikh 4 dan 5 November ini. Mana taknya, inilah satu-satunya peluang...

Read moreDetails
CelcomDigi
LifeXplore

Bukan Sekadar Perayaan, CelcomDigi Tayang Filem Deepavali Menyentuh Hati

by Nurul A.
October 30, 2026

Sempena Deepavali ini, CelcomDigi mengajak rakyat Malaysia untuk meraikan detik-detik yang berharga menerusi filem pendek perayaan terbaharunya, "Inaikkum Alaippu" atau...

Read moreDetails
KLSCM 2026
LifeXplore

KLSCM Kembali Ke Dataran Merdeka Bagi Edisi Ke-18

by Nurul A.
October 4, 2026

Pelari daripada pelbagai peringkat usia membanjiri jalan raya Kuala Lumpur pagi ini bagi menyertai kategori IHH 10km dan 5km dalam...

Read moreDetails
Night Shift
LifeXplore

Rindu Suasana Malam KL Yang Dulu? Night Shift Bawa Kamu Kembali Ke Era 1997-2003

by Nurul A.
November 5, 2026

Night Shift, sebuah pameran baharu yang menelusuri suasana kehidupan malam di Kuala Lumpur antara tahun 1997 dan 2003, dianjurkan dengan...

Read moreDetails
The Story of Studio Ghibli
LifeXplore

Pameran Ghibli Terbesar Bakal Singgah Singapura Disember Ini- Tiket Serendah RM120

by Nurul A.
September 15, 2026

Tempahan tiket masuk pameran The Story of Studio Ghibli kini dibuka, pameran imersif ini menampilkan pengalaman sulung di dunia di...

Read moreDetails
LifeXplore

Naik 5 Anak Tangga, Malaysia Airlines Kini Antara 3 Terbaik Kru Kabin Dunia

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Kita semua pasti bangga melihat wau bulan Malaysia Airlines di langit, tapi kali ini ada sebab untuk tepuk tangan lebih...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara