Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bella Astillah Mahu Berhenti Kongsi Kisah Rumah Tangga, Akui Orang Pun Dah Jemu

by Puteri Alia
August 12, 2024
Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi tentang kisah rumah tangganya selepas meluahkan isi hati mengenai kesukaran membenarkan bekas suaminya, Aliff Aziz, dan keluarga di Singapura untuk bertemu dengan dua anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. Luahan itu dibuat di Instagram baru-baru ini dan telah menarik perhatian ramai.

Dalam satu kenyataan, Bella mengakui lega selepas melepaskan segala yang terbuku di hatinya. Dia juga sedar bahawa khalayak umum sudah mula jemu dengan isu-isu berkaitan rumah tangganya yang tidak berkesudahan.

“Saya yakin netizen, pengikut dan peminat bukan saja penat tapi tak selesa, muak dan sebagainya. Saya faham perasaan itu dan saya pun sebenarnya tak suka nak kongsi apa-apa sebab saya mahu ‘move on’ dan berkongsi perkara yang lebih positif berkenaan diri saya, kerjaya dan anak-anak,” kata Bella dengan nada yang tegas.

Bella juga menjelaskan bahawa tindakannya membuat luahan tersebut adalah untuk meletakkan titik noktah pada segala spekulasi dan persepsi negatif yang timbul.

“Tapi bila perkara ini tidak berhenti, saya rasa saya perlu letak ‘full stop’. Ada juga yang cakap saya tak patut pisahkan mereka dan sebagainya. Jadi, saya perlu cakap sesuatu supaya orang tahu saya tiada niat pun nak pisahkan,” ujarnya lagi.

Walaupun begitu, Bella mengakui bahawa perkongsian tersebut bukanlah sesuatu yang mudah atau menyeronokkan. Dia sendiri sudah penat memendam rasa, dan sebelum membuat hantaran di media sosial, dia sempat meminta pandangan daripada orang tuanya.

Topik Berkaitan Datuk Mokhzani Dedah Cabaran Iringi Siti Nurhaliza,- "Beliau Tidak Datang Latihan Tapi..."

Mereka memahami keadaannya dan bersetuju bahawa jika perkara ini terus dipendam, ia hanya akan menambah tekanan.

Selepas ini, Bella berhasrat untuk berkongsi hal-hal yang lebih positif sahaja, dan dia memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam dirinya sepanjang proses tersebut.

“Bella tidak mahu lagi menyelami isu-isu lama dan hanya ingin fokus pada kehidupan yang lebih baik bersama anak-anaknya. Dia juga meminta ruang agar tidak ada lagi perkara negatif yang timbul selepas ini,” tambahnya.

Ketika ditanya mengenai hak penjagaan anak-anak, Bella menyatakan bahawa hak penjagaan penuh telah diserahkan kepadanya selepas prosiding perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu. Aliff Aziz juga bersetuju memberikan hak penjagaan tersebut kepada Bella.

Dengan keputusan yang telah dibuat, Bella kini lebih fokus untuk ‘move on’ dan menjalani kehidupan yang lebih bahagia serta positif bersama anak-anaknya. Harapannya agar selepas ini, kisah hidupnya hanya dipenuhi dengan perkara-perkara baik yang boleh memberi inspirasi kepada ramai orang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aliff azizBella Astillahruhainies
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Spotlight

Dato’ Fazley Dedah ‘Match Maker’ Di Sebalik Hubungannya Dengan Datuk Seri Vida

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Siapa sangka, usikan anak-anak boleh menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan istimewa? Itulah yang berlaku kepada penyanyi dan cef selebriti,...

Read moreDetails
Foto - @soganzi_51 (IG)
Spotlight

Bukan Hadiah Biasa, So Ji Sub ‘Belanja’ Peminat Taiwan Jongkong Emas!

by Nurul A.
November 11, 2026

Aktor popular Korea Selatan, So Ji Sub telah mengejutkan orang ramai dengan sikap murah hatinya. Dia bukan sahaja menghadiahkan kakitangan...

Read moreDetails
Kareena Kapoor
Spotlight

Loket Ayat Kursi Ketika Deepavali? Kareena Kapoor Terima Notis Guaman

by Nurul A.
November 16, 2026

Aktres Bollywood, Kareena Kapoor kini berdepan dengan tindakan undang-undang selepas menggayakan lokel diraja Bhopal yang mengandungi potongan ayat Kursi. Aktres...

Read moreDetails
PAI Anisha Rosnah
Spotlight

Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

by Nurul A.
November 9, 2026

Pengiran Muda Abdul Mateen dan isterinya Pengiran Anak Isteri (PAI) Anisha Rosnah telah mencuri perhatian semasa menghadiri ulang tahun ke-80...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Kim Jong Un
Spotlight

Kim Jong Un Meninggal Dunia? Foto Terkini Buat Netizen Terkejut

by Nurul A.
October 20, 2026

Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas...

Read moreDetails
Perancis
Spotlight

Protes Atau Jenayah? Kedai Mewah Di Perancis Tanggung Kerugian Besar

by Nurul A.
October 19, 2026

Beberapa rumah fesyen mewah, termasuklah Louis Vuitton, Dior, Celine dan Hermès di Perancis telah menanggung kerugian besar selepas diserang oleh...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara