Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

‘Bila Mid-Range Dah Macam Rasa Premium’- Ini Pengalaman MURAI Dengan Galaxy A57 5G

by Phic ARMAN
May 22, 2026
42
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI berpeluang mencuba sendiri Samsung Galaxy A57 5G sebelum pelancarannya, dan secara keseluruhan, pengalaman penggunaan peranti ini memberi gambaran jelas bahawa Samsung semakin serius mengangkat standard segmen mid-range mereka.

Perkara pertama yang paling ketara apabila unit ini berada di tangan ialah rekaan fizikalnya. Dengan ketebalan hanya 6.9mm, Galaxy A57 5G terasa sangat nipis, ringan dan selesa digunakan dalam tempoh yang lama.

Ia memberi pengalaman pegangan yang lebih premium berbanding jangkaan biasa untuk siri Galaxy A. Namun, dalam masa yang sama, bahagian belakangnya mempunyai kemasan yang agak mudah meninggalkan kesan cap jari, terutama apabila digunakan tanpa sarung.

Walaupun begitu, isu ini tidak terlalu mengganggu kerana ia boleh diatasi dengan penggunaan casing, dan secara praktikalnya ramai pengguna memang akan melindungi peranti mereka dengan sarung.

Dari segi paparan, Samsung kekal dengan kekuatan utamanya. Skrin Super AMOLED yang digunakan memberikan pengalaman visual yang terang, tajam dan hidup. Bezel yang lebih nipis turut menjadikan paparan kelihatan lebih luas dan moden, sekali gus meningkatkan pengalaman menonton dan penggunaan harian, sama ada untuk kandungan video mahupun media sosial.

Hasil Gambar Lebih Konsisten

Bahagian kamera pula menjadi antara aspek paling menonjol. Dengan sensor utama 50MP, hasil gambar yang dihasilkan kelihatan konsisten dalam pelbagai situasi pencahayaan. Sama ada di kawasan terang atau dalam ruang yang lebih malap, warna yang dihasilkan kekal seimbang dan tidak keterlaluan.

Topik Berkaitan Cetak Wajah Pada Kotak TV Tanpa Kebenaran, Dua Lipa Saman Samsung

Pada waktu siang memang tiada masalah dari segi ketajaman menggunakan kamera utama pada zoom x1. Malah bila diuji sehingga zoom x10, imej masih nampak jelas dan tidak terlalu pecah. Bagi MURAI, ini antara kekuatan yang agak mengejutkan kerana kebanyakan telefon dalam kategori ini biasanya mula hilang detail apabila zoom digunakan terlalu jauh.

Hasil dari 0.6x Wide Angle
Hasil dari 10x Zoom

Waktu malam pula menjadi lebih menarik apabila hasil gambar kelihatan lebih cerah dan lembut tanpa nampak terlalu diproses. Walaupun zoom digunakan sedikit dalam keadaan cahaya rendah, kualiti masih memuaskan dan subjek tetap mudah dikenali. Secara keseluruhan, kamera utama memang memberi pengalaman yang stabil sama ada untuk tangkap gambar santai, makanan mahupun suasana malam.

Hasil dari 0.6x Wide Angle
Hasil dari 2x Zoom

Penambahbaikan pada pemprosesan imej juga membantu menghasilkan gambar yang lebih jelas, termasuk ketika merakam subjek yang bergerak. Menariknya, prestasi dalam situasi bergerak seperti aktiviti luar atau acara keluarga turut menunjukkan peningkatan yang ketara. Gambar masih dapat dirakam dengan jelas tanpa kesan kabur yang ketara, sesuatu yang biasanya agak mencabar untuk peranti dalam kategori ini.

Untuk fotografi malam, Galaxy A57 5G menunjukkan hasil yang lebih meyakinkan. Gambar kelihatan lebih terang, kurang noise dan mempunyai tahap kejelasan yang lebih baik berbanding jangkaan awal. Dalam beberapa situasi, hasilnya kelihatan hampir menyamai suasana sebenar, malah kadangkala lebih terang daripada keadaan asal.

Topik Berkaitan Kurang Yakin Dengan Galaxy Z Fold8 Yang Baharu? Ini Komen 5 'Tech Reviewer' Pelbagai Negara

Dari aspek prestasi harian, peranti ini memberikan pengalaman yang stabil dan lancar. Aplikasi dibuka dengan pantas, pertukaran antara tugas berjalan tanpa gangguan, dan penggunaan keseluruhan terasa konsisten tanpa masalah lag yang ketara. Tahap kestabilan ini menjadikan pengalaman penggunaan lebih meyakinkan untuk kegunaan harian.

Bateri berkapasiti 5,000mAh

Bateri berkapasiti 5,000mAh turut menyokong penggunaan sepanjang hari dengan baik. Dalam penggunaan biasa yang melibatkan fotografi, komunikasi dan pelayaran media sosial, peranti ini masih mampu bertahan tanpa perlu dicas berulang kali dalam sehari.

Secara keseluruhan, pengalaman MURAI dengan Galaxy A57 5G menunjukkan bahawa peranti ini bukan sekadar sebuah telefon pertengahan biasa. Ia menawarkan keseimbangan yang baik antara reka bentuk, prestasi dan kamera, dengan hanya beberapa kekurangan kecil seperti kesan cap jari pada bahagian belakang yang masih boleh diatasi dengan penggunaan sarung.

Selebihnya, ia kekal sebagai pilihan yang sangat kompetitif dalam kelasnya, hampir mendekati pengalaman peranti flagship dalam penggunaan harian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
6
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
a57samsung
Share17Tweet11SendShare

KINI TRENDING

Pasangan
Cinta

Kalau Cari Pasangan, Lebih Baik Cari Zodiak Ini- Confirm Romantik Habis!

by Nurul A.
August 9, 2026

Setiap orang ada cara masing-masing untuk melayan pasangan mereka. Ada yang layan dengan baik, penuh kasih sayang, acuh tak acuh...

Read moreDetails
Jadi Batek x Bokitta
LifeXplore

Jadi Batek & Bokitta Lancar “The Art Series”, Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

by Nurul A.
August 30, 2026

Sempena sambutan Merdeka 2026, Jadi Batek bekerjasama dengan Bokitta untuk melancarkan "The Art Series", iaitu koleksi istimewa yang menampilkan enam...

Read moreDetails
Coffee Terrace
LifeXplore

Coffee Terrace Kembali Dengan Bufet Makan Malam Ikonik “The Nostalgic Spread”

by Nurul A.
August 14, 2026

Selepas beberapa tahun tidak ditawarkan, bufet makan malam ikonik Coffee Terrace kini kembali menerusi “The Nostalgic Spread”, membawakan semula pengalaman...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Travel Dari Subang? Batik Air Ada 9 Destinasi, Bagasi Percuma & Tawaran Merdeka

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Sempena sambutan Merdeka tahun ini,  Batik Air bukan sekadar meraikan semangat kebangsaan. Sebaliknya, syarikat penerbangan itu turut memperkukuh kehadirannya di...

Read moreDetails
LifeXplore

Niezam Zaidi Tinggalkan Watak ‘Red Flag’

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Kalau anda fikir Sumpahan Mencintai sekadar kisah lelaki benci perempuan sebelum akhirnya jatuh cinta, mungkin kena tunggu dulu. Drama arahan...

Read moreDetails
LifeXplore

Danish Iftikhar Tempat Ke-8 Dunia, 3 Perkara Tentang Pelari Muda Ini Yang Wajib Tahu

by Phic ARMAN
August 7, 2026

Nama Danish Iftikhar Muhammad Roslee mungkin belum begitu familiar bagi semua orang, tetapi pelari pecut muda negara ini baru sahaja...

Read moreDetails
LifeXplore

Nasha Aziz Turun Padang Cari 20 Ikon Pahang, Bakat Baharu Bakal Rebut RM10,000

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Kalau selama ini kita kenal Nasha Aziz sebagai antara nama besar dalam dunia peragaan dan lakonan, kali ini beliau pula...

Read moreDetails
Foto - Oriental Kopi x Palm Garden Hotel Putrajaya
LifeXplore

Oriental Kopi x Palm Garden Hotel Putrajaya Bawa Ritual ‘Kopi Dulu’ Sempena Hari Malaysia

by Nurul A.
September 15, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia esok, Palm Garden Hotel Putrajaya dengan bangganya mengumumkan Oriental Kopi sebagai rakan kongsi kopi bagi...

Read moreDetails
The Story of Studio Ghibli
LifeXplore

Pameran Ghibli Terbesar Bakal Singgah Singapura Disember Ini- Tiket Serendah RM120

by Nurul A.
September 15, 2026

Tempahan tiket masuk pameran The Story of Studio Ghibli kini dibuka, pameran imersif ini menampilkan pengalaman sulung di dunia di...

Read moreDetails
LifeXplore

Shanghai, Wuhan, Qingdao & Banyak Lagi! AirAsia MOVE Buka Lebih Banyak Pilihan Ke China

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau China memang ada dalam travel bucket list anda tahun ini, mungkin sudah tiba masa untuk buka semula aplikasi penerbangan....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara