Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bimbang Lihat Suami Solek Muka Sendiri, Ustazah Asma Beri Peringatan

by Phic ARMAN
December 2, 2021
Share on Facebook

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun baru-baru ini telah mengeluarkan pendapatnya susulan dari sebuah berita  dari Harian Metro mengenai bertajuk “Naluri, Nafsu Saya Nasih Lelaki Tapi Penampilan Saja Perempuan“.

Ia mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7 di atas pelamin. Si suami berpakaian pengantin lelaki tetapi solekan wajah, dandanan rambut serta perhiasan barang kemas yang dipakai seolah-olah dirinya seorang wanita.

View this post on Instagram

A post shared by Abe Pink (@abe_pink)

Setelah membaca kisah ini, Asma terkejut  melihat babak video yang dipaparkan malah dia bimbang jika penonton video tersebut terdiri daripada remaja atau kanak-kanak.

“Bagaimana jika ada sebahagian penonton itu terdiri daripada remaja atau kanak-kanak di bawah umur? Apa agaknya mereka akan fikir? ” tulisnya dengan emoji sedih.

Menurutnya, dia menganggap tindakan jurusolek lelaki membuat tutorial solekan pada muka sendiri adalah dilarang dalam islam.

“TASYABBUH (تَشَبُّه ) DILARANG DALAM ISLAM,  Antara content yang mendapat tontonan yang tinggi di media sosial ialah content jurusolek lelaki yang membuat tutorial solekan untuk mukanya sendiri. Ia seolah telah diterima oleh masyarakat sehingga begitu ramai yang menontonnya walhal perbuatan ini dikenali sebagai “TASYABBUH” dan ia bukanlah hal yang ringan kerana ianya DILARANG DI DALAM ISLAM.”- tulisnya lagi.

Asma turut menjelaskan terperinci mengenai makna tasyabbuh yang membawa maksud menyerupai sesuatu. Katanya jika dalam perbahasan fiqh, ia merujuk kepada seorang lelaki menyerupai perempuan atau perempuan menyerupai lelaki dalam perkara-perkara seperti pakaian, perhiasan, percakapan dan suara, gaya berjalan dan fizikal tubuh.

Abe Pink  bersyukur  isterinya menerima dirinya

Foto: Harian Metro

Sementara itu, kisah pasangan suami isteri ini telah menarik perhatian netizen. Individu hanya mahu dikenali sebagai Abe Pink, 35, ini bersyukur  isterinya Yana, 29, menerima dirinya berpenampilan feminin sebagai jurusolek.

FOTO ihsan pembaca

Bapa empat anak itu berkata, berpenampilan feminin itu sebenarnya sudah menjadi minatnya sejak dulu lagi.

“Saya mula perlahan-lahan tonjolkan diri yang sebenar selepas berhenti berkhidmat sebagai penjawat awam selama 12 tahun pada 2015 lalu.

“Naluri dan nafsu saya masih lelaki tetapi hanya penampilan saja yang ke arah perempuan terutama dari segi pemakaian manakala bersolek pula hanya jika ada majlis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Asma Harun
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Borneo Rising
Spotlight

Borneo Rising: CelcomDigi, Astro Ketengahkan Bakat Muzik Dari Sabah & Sarawak

by Nurul A.
August 27, 2026

CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi"), dengan kerjasama Astro, bakal membuka lembaran baharu dalam landskap hiburan Malaysia menerusi pelancaran Borneo Rising. Sebagai pertandingan...

Read moreDetails
Lokarya, pelangi selepas hujan, lie
Spotlight

“Pelangi Selepas Hujan” & “Lie”, Lokarya Kembali Dengan 2 Single Terbaru

by Nurul A.
September 10, 2026

Kumpulan indie Malaysia, Lokarya kini membuka lembaran baharu menerusi dua single terbaharu, “Pelangi Selepas Hujan” dan “Lie”, yang bakal menjadi...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Jurang Takdirku Ku Faiz
Spotlight

Ku Faiz Muncul Dengan Single Debut “Jurang Takdirku”

by Nurul A.
August 19, 2026

Industri muzik tempatan bakal menyambut kemunculan seorang bakat baharu menerusi pelancaran single debut berjudul “Jurang Takdirku”, nyanyian Ku Faiz. Sarat...

Read moreDetails
Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Hari Merdeka
Filem

Rai Hari Merdeka Bersama Netflix, Tonton 1 Cerita Pada 1 Masa!

by Nurul A.
August 26, 2026

Istimewa untuk Hari Merdeka tahun ini, Netflix meraikan Malaysia dengan tayangan satu cerita pada satu masa.  Daripada aksi yang mendebarkan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara