Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dikecam ‘Terbelanja’ Lurah Buah Dada, Ruhainies Tak Salahkan Sesiapa Melainkan Dirinya Yang Tidak Peka Dengan Busananya

by Puteri Alia
September 12, 2023
Share on Facebook

Dikecam berpakaian mencolok mata sehingga menampakkan lurah dadanya, pelakon Ruhainies enggan menyalahkan sesiapa selain diri sendiri yang tidak peka tentang busana digayakan dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Jelas pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu, perkara tersebut tercetus apabila dia tersilap memilih baju bahagian dalam yang tidak dapat menutup sepenuhnya dada.

“Saya tidak salahkan stylist mahupun baju tersebut, pada asalnya persalinan itu biasa , cantik dan sopan malah menutupi seluruh bahagian tubuh saya kecuali dada.

“Saya ada beli ‘inner’ (baju bahagian dalam) cuma malangnya tak perasaan inner tersebut tidak tutup sepenuhnya bahagian dada.

“Silap saya sebab tidak cuba lebih awal kerana masa sangat suntuk dan tiada pilihan, jadi saya buat keputusan untuk pakai namun tutup dengan blazer dan tangan pada bahagian dada ,” katanya.

Sementara itu, aktres berusia 31 tahun itu berkata, dia sendiri tidak selesa dengan penampilan tersebut dan bertindak membeli pakaian alas dalam lain bagi menutupi bahagian terdedah.

“Sampai sahaja di majlis itu saya sendiri rasa tidak selesa dan terus beli inner lain dan tukar, kiranya sekejap sahaja bahagian dada saya terdedah.

“Saya belum bertudung, isu seksi bukan benda baharu, mungkin sebelum ini peminat melihat saya selalu tampil sopan sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu dikecam teruk selepas tular sebuah video yang dikongsi oleh rakan selebriti memaparkan bahagian dada aktres tersebut terdedah dan terlampau seksi ketika menghadiri sebuah majlis di ibu negara.

Topik Berkaitan Evita Mairesse Buka Butik Baharu: 'Dressmaker' Pilihan Selebriti Popular & Ratu Cantik

Rentetan daripada itu, ramai yang berpendapat aktres berusia 31 tahun itu tidak sengaja mencetuskan kontroversi menerusi busana mencolok mata tersebut.

“Nampak tak selesa dia pakai baju itu. Sudah pakai baju sebegitu tetapi hendak sorok-sorok pula, sengaja ke? Mahukan perhatian?,” demikian komen netizen itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ruhainies
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Bukan Selebriti, Ini Latar Belakang Isteri Baharu Aamir Khan

by Phic ARMAN
July 6, 2026

Aktor Bollywood terkenal, Aamir Khan, kini sah bergelar suami kepada pasangan lamanya, Gauri Spratt, dalam satu majlis perkahwinan tertutup yang...

Read moreDetails
Foto - All My Anecdotes
Spotlight

Peluang Keemasan Untuk Rakyat Malaysia, Audrey SWF2 Bakal Teraju Uji Bakat Idola Global!

by Nurul A.
July 5, 2026

All My Anecdotes (AMA), label kreatif K-pop yang sedang meningkat naik yang diasaskan bersama oleh Lee Haein (kuasa kreatif yang...

Read moreDetails
Spotlight

Sering Nampak Di Stadium, Siapa Sebenarnya Teman Wanita Jude Bellingham?

by Phic ARMAN
July 16, 2026

Kalau sebelum ini setiap kali Jude Bellingham beraksi, ramai yang akan mencari kelibat ibunya, Denise, kali ini lain pula ceritanya....

Read moreDetails
Foto - Astro
Spotlight

‘Comeback’ Selepas 7 Tahun, Azar Azmi Kembali Dalam ‘Bulan Henti Bicara’

by Nurul A.
July 28, 2026

Selepas tujuh tahun menyepi daripada dunia lakonan, pelakon popular Azar Azmi akhirnya kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama bersiri Bulan...

Read moreDetails
Netflix
Filem

‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

by Nurul A.
August 1, 2026

Selepas tayangan bersejarah di pawagam sebagai filem anime dengan kutipan tertinggi dalam sejarah, 'Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle...

Read moreDetails
Spotlight

“Acik Dah Masuk 50 Tahun Dik…”- Siti Nurhaliza Jawab Peminat Minta Menari Macam Anggerik

by Phic ARMAN
June 24, 2026

Siapa yang tak teruja apabila melihat persembahan bertenaga dan penuh koreografi? Itulah yang dirasai seorang peminat apabila mengimbau persembahan lagu...

Read moreDetails
Foto - @people (IG) / @bradpiitt_officiall (IG)
Spotlight

Anak Angkat Brad Pitt, Maddox & Zahara Rasmi Gugurkan Nama Keluarga “Pitt”

by Nurul A.
July 14, 2026

Nampaknya perbalahan antara anak-anak Jolie-Pitt dengan bapa mereka, pelakon Brad Pitt tidak menemui jalan penyelesaian. Untuk makluman, sebelum ini beberapa...

Read moreDetails
Spotlight

Pelakon Lagenda Hong Kong Nancy Sit Curi Perhatian Di KLGCC Mall

by Phic ARMAN
July 6, 2026

Pelakon veteran Hong Kong, Nancy Sit, mencuri perhatian apabila hadir memeriahkan majlis pembukaan rasmi butik terbaharu jenama barang kemas mewah...

Read moreDetails
Foto - rhyu
Spotlight

Penyanyi Singapura, rhyu Kembali Dengan Single Baharu “Pity”

by Nurul A.
July 20, 2026

Penyanyi dan penulis lagu Singapura, rhyu, kembali dengan lagu hit sentimental baharu, ‘Pity’, keluaran single ketiga tahun ini. Dalam single...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Perkenal Astro X3, Langgan Terus Dari Telefon Pintar

by Phic ARMAN
July 8, 2026

Astro terus memperkukuh pengalaman hiburan digital apabila memperkenalkan Astro X3, platform penstriman baharu yang membolehkan pelanggan menikmati kandungan Astro tanpa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara