Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Gaji Pengadil Piala Dunia 2026 Cecah RM472,000? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

by Ayu Kamaruddin
July 2, 2026
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjadi pengadil di pentas Piala Dunia FIFA bukan sekadar satu pengiktirafan tertinggi dalam karier, malah turut menawarkan ganjaran kewangan yang cukup lumayan.

Bagi edisi Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, pengadil dilaporkan menerima bayaran asas sehingga AS$100,000 (sekitar RM472,000) sepanjang kejohanan.

Jumlah itu belum termasuk bayaran bagi setiap perlawanan yang dikendalikan serta bonus sekiranya dipilih mengadili aksi di peringkat kalah mati atau perlawanan akhir.

Bayaran Boleh Bertambah Bergantung Kepada Tugasan

Selain bayaran asas, setiap pengadil turut menerima imbuhan mengikut jumlah perlawanan yang dikendalikan.

Bagi aksi peringkat kumpulan, pengadil dianggarkan menerima antara AS$3,000 hingga AS$5,000 bagi setiap perlawanan.

Sekiranya mereka terus diberi kepercayaan mengadili perlawanan di pusingan kalah mati, jumlah tersebut meningkat sehingga AS$10,000 bagi setiap aksi.

Lebih menarik, bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Mark Clattenburg, pernah mendedahkan bahawa pengadil yang mengendalikan perlawanan akhir Piala Dunia berpeluang menerima bonus sekitar AS$60,000 hingga AS$70,000, menjadikan jumlah pendapatan keseluruhan jauh lebih tinggi.

Bukan Mudah Nak Jadi Pengadil Piala Dunia

Di sebalik ganjaran lumayan itu, proses pemilihan pengadil bukan sesuatu yang mudah.

FIFA hanya memilih pengadil yang mempunyai rekod cemerlang dalam liga domestik dan kejohanan antarabangsa selain perlu melepasi pelbagai penilaian termasuk kecergasan fizikal, latihan intensif serta penguasaan teknologi Video Assistant Referee (VAR).

Malah, mereka juga perlu mengikuti seminar dan kursus khas bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat sepanjang kejohanan memenuhi standard tertinggi FIFA.

Bukan Gaji Sahaja, Pelbagai Kemudahan Disediakan

Sepanjang kejohanan berlangsung, FIFA turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada pegawai perlawanan termasuk penginapan, pengangkutan, makanan serta perlindungan insurans.

Pengadil pembantu dan pengadil keempat turut menerima bayaran yang kompetitif walaupun jumlahnya lebih rendah berbanding pengadil utama.

Malaysia Pernah Melakar Sejarah

Malaysia juga tidak asing dalam arena pengadilan Piala Dunia apabila beberapa pengadil negara pernah diberi penghormatan mengadili kejohanan berprestij itu.

Antaranya ialah Leftenan Abdul Halim Hamid pada Piala Dunia 1998 di Perancis, Mat Lazim Awang Hamat pada edisi Korea Selatan-Jepun 2002 dan Subkhiddin Mohd Salleh di Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Ramai menyangka tugas pengadil hanya meniup wisel selama 90 minit, namun hakikatnya mereka memikul tanggungjawab yang amat besar. Setiap keputusan boleh menentukan nasib sesebuah pasukan dan menjadi perhatian jutaan peminat di seluruh dunia.

Jadi bagi MURAI, tidak hairanlah FIFA menawarkan ganjaran yang tinggi kepada mereka yang berjaya melepasi proses pemilihan yang sangat ketat. Lumayan memang lumayan, tetapi tekanan yang dipikul juga bukan calang-calang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
6
Sad
Sad
1
Weary
Weary
1
Gaji Pengadil Piala Dunia 2026world cup
Share12Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Foto - @@joejnas.wee7 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang

by Nurul A.
September 14, 2026

Pertandingan HYROX yang berlangsung di Beijing, China baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Semasa pertandingan berlangsung, seorang atlet wanita yang berasal...

Read moreDetails
Tapak Kaki Pada Popadom
Sosial Buzz

[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli

by Nurul A.
September 9, 2026

Cuba bayangkan, kamu baru nak goreng popadom. Tetapi bila buka bungkusan, terus nampak dengan jelas bekas tapak kaki pada kepingan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Boikot Hospital Kerajaan, Pergi Swasta!”- Luahan Pesakit Dibalas Doktor Dengan Komen Sarkastik

by Phic ARMAN
August 28, 2026

Seorang rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa dengan pengalaman mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di threads. Katanya, menunggu boleh sampai berjam-jam,...

Read moreDetails
Boost Juice, bendasing, kaca, serpihan blender
Sosial Buzz

Wanita Dakwa Tercekik Bendasing Seperti Kaca Dalam Air Boost- “Bukan Ais Ye”

by Nurul A.
September 10, 2026

Nampaknya malang tidak berbau apabila seorang wanita berkongsi pengalaman yang mencemaskan apabila mendakwa terdapat bendasing di dalam minumannya. Dikongsi di...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bagi yang setiap hari masuk ke Suria KLCC untuk bekerja, mungkin ada satu perkara yang sudah cukup familiar,  bau makanan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Foto - @shezlinaa (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan

by Nurul A.
September 7, 2026

Sikap dua wanita warga asing di kawasan parkir KLCC baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Berdasarkan video pendek yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara