Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Instafamous Felicite Tomlinson, Adik Louis Tomlinson One Direction Mati Mengejut

by Phic ARMAN
March 15, 2019
Share on Facebook

Khabar mengejutkan datang dari keluarga Louis Tomlinson. Seperti yang dilaporkan dari E!Online pada Khamis (14/3), adik kepada ahli kumpulan One Direction tersebut, Felicite Tomlinson, meninggal dunia dalam usia 18 tahun akibat serangan jantung.

Felicite meninggal dunia pada Rabu (13/3) lalu di pangsapurinya yang terletak di London, England. Pihak polis mengatakan bahawa sebuah ambulans dipanggil ke  pangsapuri Felicite di Earls Court selepas dia pengsan. Pihak paramedik mengatakan bahawa gadis jelita tersebut mati di tempat kejadian selepas mereka melakukan bantuan pertolongan kecemasan pertama.

View this post on Instagram

A post shared by Félicité Tomlinson (@felicitegrace)

Pihak keluarga Tomlinson mengatakan bahawa Felicite tidak memiliki sejarah penyakit jantung sebelum ini. Malah gadis muda tersebut telahpun menjalani gaya hidup sihat setelah berhenti minum alkohol dan rokok sejak awal tahun ini. Felicite malah ada merancang untuk menerbitkan buku puisinya dalam waktu terdekat ini.

Pihak polis juga sedang berusaha untuk menyiasat kematian Felicite yang belum boleh dijelaskan secara terperinci. Hasil pemeriksaan post-mortem sendiri akan dikeluarkan dalam beberapa hari mendatang.

View this post on Instagram

A post shared by Félicité Tomlinson (@felicitegrace)

Selama ini, Felicite sendiri dikenali sebagai pereka fesyen dan social media influencer yang memiliki jumlah pengikut hingga 1.3 juta di akaun Instagram miliknya. Hingga saat ini, muat naik terakhir gadis cantik itu pun dipenuhi dengan komen belasungkawa dari para peminatnya.

Di sisi lain, insiden ini tentunya menjadi pukulan besar bagi Louis, yang sebelumnya kehilangan ibunya, Johannah, pada Disember 2016 lalu. Bahkan pelantun “Back to You” itu belum lama ini merilis lagu “Two of Us” yang dia persembahkan untuk mengenang mendiang ibunya. Atas khabar duka ini, Louis yang seharusnya tampil di acara BBC Red Nose Day Comic Relief pada Jumaat (15/3) malam langsung membatalkan jadualnya.

View this post on Instagram

A post shared by Louis Tomlinson (@louist91)

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Felicite TomlinsonLouis Tomlinsonone direction\
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara