Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

“Lebih Baik Saya Mati”- Gigi Hadid Benci Masuk Gym

by Phic ARMAN
December 12, 2019
Share on Facebook

Pada masa ini nama Gigi Hadid pasti dikenali sebagai salah satu supermodel yang selalu terlihat cantik dan menggoda. Selain wajahnya yang jelita, kakak Bella Hadid ini juga dikenali mempunyai tubuh yang tinggi dan langsing yang dicemburi para wanita.

Melalui kerjayanya sebagai model, Gigi semestinya diharuskan untuk mengekalkan bentuk tubuhnya. Dipetik dari Dailymail.co.uk, Gigi baru-baru ini bercakap tentang rahsia tubuh idealnya dalam temu bual dengan Conde Nast Traveller.

Gigi sebenarnya mengakui bahawa dia sangat membenci untuk ke pusat kecergasan atau Gym. Lebih lucu, bekas kekasih Zayn Malik ini mendakwa dia lebih baik mati daripada melakukan workout harian di gym.

“Saya benar-benar tidak boleh pergi ke gym, saya lebih baik mati (berbanding dengan melakukannya),” jelas Gigi.

“Saya terbiasa dengan aktiviti luar (outdoor), jadi saya lebih gemar untuk memanfaatkan pemandangan itu sebaik mungkin.”

Gigi kemudian berkongsi apa yang dilakukannya untuk mengekalkan bentuk badannya.

“Saya suka berbasikal dan berenang di laut untuk mengisi masa lapang saya,” jelas model 24 tahun itu.

Tentunya ini bukan kali pertama Gigi telah mendakwa secara terbuka tidak suka ke gym. Pada tahun 2017, Gigi mengakui kepada Reebok bahawa treadmill itu adalah musuh terbesarnya.

“Tolong jangan suruh saya berjalan di atas treadmill! Bertinju lebih baik untuk saya,” jelas Gigi pada masa itu. “Saya suka perkara baru dan itu adalah sesuatu yang boleh saya kuasai.”

“Apabila anda bertinju, anda benar-benar fokus dan mental anda dapat melupakan segala-galanya (masalahnya)” katanya.

Walaupun dia malas untuk workout ke gym, masih tidak dapat dinafikan bahawa Gigi mempunyai bentuk badan yang sempurna. Setuju?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share5Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kirby, Toxic Friendship & English Suspek Antara 4 Perkara Dalam Surat Suspek Tikam Pelajar Jadi Perdebatan

  2. 2

    Bukan Selebriti, Ini Latar Belakang Isteri Baharu Aamir Khan

  3. 3

    Infaq Atau Eksploitasi? Cara Agih Makanan Ketika Live TikTok Jadi Perdebatan

  4. 4

    Dituduh Biarkan Ibu Terkontang-kanting, Marissa Dania Jawab Pedas Kecaman Netizen

  5. 5

    Lepas Buat Lagu Untuk Siti Nurhaliza & Fazura, Isteri Aiman Sidek Buka Mulut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara