Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Rebut Tiket BUNGA 2026: Tulis Slogan Kreatif, Menang Pas Masuk Festival Bunga Tertinggi Malaysia

by Phic ARMAN
May 28, 2026
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Resorts World Awana dengan penuh sukacita mempersembahkan BUNGA 2026, pameran bunga tertinggi di Malaysia serta festival orkid dan florikultur antarabangsa yang julung kali diadakan. Acara ini akan berlangsung dari 3 hingga 7 Jun 2026 di Awana Village, T2 Exhibition Hall.

Buat semua pencinta bunga, ini adalah peluang untuk merasai sendiri keindahan dunia orkid yang jarang dapat dilihat di satu tempat. Lebih istimewa, kami membuka peraduan tiket masuk secara eksklusif di Instagram.

Nak Menang Tiket?

Setiap pemenang akan menerima 1(satu) tiket masuk BUNGA 2026 bernilai RM60 untuk menikmati pengalaman festival bunga paling eksklusif di Malaysia.

Cara Penyertaan

Sertai peraduan ini dengan langkah mudah:

  • Semak posting peraduan di Instagram rasmi kami @muraimalaysia
  • Like dan komen pada posting tersebut
  • Tag seorang rakan yang anda ingin bawa bersama
  • Kongsi jawapan paling kreatif dengan slogan: “Kenapa mahu ke BUNGA 2026”

Tunjukkan kreativiti anda sebagai peminat bunga sejati, semakin unik jawapan anda, semakin tinggi peluang untuk dipilih.

Syarat Peraduan

  • Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh peraduan
  • Tiket perlu ditebus atas nama pemenang di kaunter tiket semasa waktu operasi dari 10:00 pagi hingga 8:00 malam (kemasukan terakhir 7:00 malam), dari 3 hingga 7 Jun 2026
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti slogan yang paling menarik dan asli
  • Pemenang akan diumumkan pada 2 Jun 2026 dan dihubungi melalui DM Instagram sahaja
  • Keputusan penganjur adalah muktamad termasuk sebarang perubahan kepada terma, syarat atau pengagihan hadiah
  • Sebarang permintaan untuk dipilih sebagai pemenang melalui DM tidak akan dilayan
Topik Berkaitan Pencinta Kucing Wajib Datang! Meowloween Tawar Catwalk, Muzik & Aktiviti Menarik

Tentang BUNGA 2026

BUNGA 2026 menghimpunkan persatuan orkid terkemuka dari seluruh Asia termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Indonesia dan Brunei. Pengunjung akan disajikan dengan pameran orkid antarabangsa, koleksi hibrid eksotik, serta landskap floral yang memukau dan penuh seni.

Selain itu, festival ini turut menawarkan pengalaman imersif seperti taman botani interaktif, ruang niaga flora eksklusif, serta aktiviti gaya hidup berasaskan alam semula jadi yang direka khas untuk peminat bunga dan pencinta alam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari rwgenting.com atau ikuti saluran media sosial rasmi Resorts World Awana.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
BUNGA 2026resorts world awana
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Jom Cuci Mata Dan Bergambar, Deepavali 2026 Di 3 Mall Ini Memang Meriah!

by Phic ARMAN
October 30, 2026

Sempena Deepavali 2026, Kumpulan Suria KLCC mengajak orang ramai menikmati kemeriahan Pesta Cahaya di tiga pusat beli-belah iaitu Suria KLCC,...

Read moreDetails
LifeXplore

Amin Idris Bersuara Isu Aliff Daniel, Ibu Bapa Diminta Lebih Peka Dengan Kepercayaan Anak

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Isu kepercayaan spiritual rentas agama kembali menjadi perhatian apabila pendakwah bebas, Amin Idris, tampil menyuarakan kebimbangan menerusi Threads berhubung dakwaan...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
Formula 1
LifeXplore

Naikkan Semangat Perlumbaan Dengan STING X Formula 1®

by Nurul A.
September 30, 2026

Apakah bunyi Formula 1®? Bagi STING, ia adalah deruman yang penuh kelajuan, tenaga dan laungan ikonik “STINGGGGGG” yang cukup ikonik....

Read moreDetails
LifeXplore

Dikir Barat Rentas Generasi, Lebih 10 Tokoh & Penggiat Seni Bergabung 7 November Ini!

by Nurul A.
October 29, 2026

Daripada alunan suara tukang karut dan tok juara, disusuli tepukan berirama yang menjadi identiti seni masyarakat Pantai Timur, Dikir Barat...

Read moreDetails
Foto - @esteelaudermy (IG)
LifeXplore

Jangan Sampai Terlambat! Estée Lauder Malaysia Seru Wanita Prihatin Kanser Payudara

by Nurul A.
October 9, 2026

Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia meneruskan Kempen Kanser Payudara tahunannya bagi tahun 2026 dengan mesej "Penjagaan Payudara ialah Penjagaan Diri"...

Read moreDetails
Foto - LAC Community x FemFamm
Kesihatan

Pink October: LAC Community x FemFamm Ingatkan Wanita Pentingnya Pemeriksaan Awal

by Nurul A.
October 28, 2026

Menurut kajian kebangsaan yang diterbitkan dalam BMC Public Health pada tahun 2023, 7 daripada 10 wanita Malaysia berusia 40 tahun...

Read moreDetails
LifeXplore

Emirates Perkenal Pengalaman Kabin Khas Untuk Penumpang Buta Dan Rabun

by Phic ARMAN
October 27, 2026

Pernah terfikir bagaimana penumpang buta atau yang mempunyai masalah penglihatan mengenali suasana dalam pesawat? Emirates tampil dengan satu pengalaman menarik...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak ‘Reset’ Sebelum Race Day? lululemon Listening Lounge Kini Dibuka Di KL

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila race week semakin dekat, bukan kasut larian sahaja yang perlu bersedia. Kepala pun kena tenang. Bagi runners yang sedang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara