Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Nak Meriahkan Citrawarna 2026? Lebih 40 Hotel Tawar Promosi Penginapan Istimewa

by Phic ARMAN
July 10, 2026
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Tourism Malaysia tampil dengan berita baik buat mereka yang merancang untuk menghadiri Citrawarna 2026 apabila lebih 40 hotel dan premis penginapan di sekitar Lembah Klang serta beberapa negeri menawarkan promosi penginapan eksklusif sempena festival tersebut.

Festival yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu bakal mengetengahkan tema “Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa”, sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, seni, warisan serta keindahan alam semula jadi Malaysia menerusi pelbagai persembahan yang penuh warna-warni.

View this post on Instagram

Promosi yang ditawarkan merangkumi kadar bilik pada harga lebih menarik serta pakej penginapan khas bagi memudahkan pengunjung domestik dan antarabangsa menikmati pengalaman menghadiri festival budaya ikonik negara ini. Tempahan boleh dibuat bermula pertengahan Julai sehingga pertengahan Ogos 2026.

Bukan sekadar penginapan, hotel-hotel yang mengambil bahagian turut memperkenalkan inisiatif Citra Rasa (Colours of Flavour) dengan menyajikan hidangan tradisional yang diinspirasikan daripada warisan kulinari setiap negeri di Malaysia.

Melalui inisiatif ini, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati kemeriahan Citrawarna 2026, malah berpeluang merasai keunikan cita rasa tempatan menerusi pelbagai menu istimewa yang disediakan di restoran dan kafe hotel terlibat.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan terus melalui laman sesawang rasmi hotel yang mengambil bahagian. Maklumat lanjut termasuk senarai hotel, pakej penginapan serta promosi Citra Rasa akan diumumkan secara berperingkat menerusi media sosial @citrawarna.my dan @malaysia.truly.asia, selain boleh didapati di portal rasmi pelancongan Malaysia.

Inisiatif hasil kerjasama Tourism Malaysia bersama pemain industri pelancongan ini diharap dapat memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia, selain menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan dan menjayakan Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Citrawarna
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Kia Kuching Kini Ada Pusat 3S Baharu, RM1.5 Juta Dilabur Untuk Keselesaan Pelanggan

by Phic ARMAN
August 7, 2026

Jika kalian tinggal di Kuching dan tengah survey kereta Kia, ada berita baik. Kia Sales Malaysia (KSM) kini rasmi membuka...

Read moreDetails
LifeXplore

“Ustaz Hamadi Is Back”- Peminat Azhan Rani Teruja

by Phic ARMAN
July 29, 2026

Baru satu episod bersiaran, drama Bulan Henti Bicara sudah mula jadi bualan ramai. Apa yang paling mencuri perhatian? Ramai penonton...

Read moreDetails
LifeXplore

Hadiah Yang Ada ‘Soul’: Ferragamo Gabungkan Seni Kraf & Gaya Untuk Hari Bapa

by Phic ARMAN
June 13, 2026

Hari Bapa bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi waktu terbaik untuk menghargai pengorbanan dan jasa seorang ayah. Jika masih tercari-cari hadiah...

Read moreDetails
VMY2026

Citrawarna 2026 Kembali Gegarkan Dataran Merdeka, Ini 5 Tarikan Yang Buat Ramai Tak Sabar!

by Phic ARMAN
June 20, 2026

Sudah lama tak rasa suasana festival budaya yang betul-betul meriah? Berita baik buat orang ramai, Citrawarna 2026 bakal kembali menggegarkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Skrin Gergasi Sampai 300 Inci, Hisense Tarik Perhatian Peminat Hiburan Rumah

by Phic ARMAN
August 2, 2026

Suka layan movie, gaming atau tengok bola dekat rumah? Ini berita memang menarik. Hisense Malaysia baru saja melancarkan barisan Laser...

Read moreDetails
LifeXplore

Lenguh Leher Dalam Flight? Emirates Perkenalkan U-Dream Headrest

by Phic ARMAN
July 22, 2026

Siapa pernah naik penerbangan jarak jauh mesti faham cabarannya cuba cari posisi tidur yang selesa, tetapi akhirnya bangun dengan leher...

Read moreDetails
LifeXplore

Peminat Kopi & Teh Wajib Tahu! Marriott Bonvoy Belanja Coklat Patchi Percuma

by Phic ARMAN
July 27, 2026

Siapa sangka rutin minum kopi atau teh boleh jadi lebih 'worth it'? Kali ini, Marriott Bonvoy kembali dengan kempen Brew...

Read moreDetails
LifeXplore

Hock Kee Kopitiam Eco Grandeur, Port Lepak Baharu Dengan Suasana Taman Yang Tenang

by Phic ARMAN
June 28, 2026

Kalau anda sedang mencari lokasi makan yang bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi juga memberi suasana tenang untuk 'healing' bersama keluarga...

Read moreDetails
Resort World Awana
LifeXplore

Hanya 1 Jam Dari KL, Resort World Awana Destinasi Terbaik Untuk Musim Cuti Sekolah!

by Nurul A.
August 4, 2026

Bagi pembaca yang mencari lokasi percutian yang tenang atau mahu lari daripada kesibukan kota, MURAI cadangkan Resort World Awana di...

Read moreDetails
Secret Recipe
LifeXplore

Secret Recipe Kongsi ‘Resipi’ Kulit Wajah Bersih Bersama SimplyHeal & Bichi Mao

by Nurul A.
August 6, 2026

Rangkaian kafe kek terbesar dan terkemuka di Malaysia, Secret Recipe telah melancarkan kerjasama baharu yang menarik dengan jenama tampalan jerawat...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara