Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Pelakon Lagenda Hong Kong Nancy Sit Curi Perhatian Di KLGCC Mall

by Phic ARMAN
July 6, 2026
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon veteran Hong Kong, Nancy Sit, mencuri perhatian apabila hadir memeriahkan majlis pembukaan rasmi butik terbaharu jenama barang kemas mewah Tresor Monde.H di KLGCC Mall, baru-baru ini.

Nama Nancy Sit sememangnya cukup dekat di hati peminat hiburan Asia termasuk rakyat Malaysia. Aktres berusia 70-an itu mula mencipta nama sejak era 1960-an menerusi pelbagai filem dan drama televisyen Hong Kong, selain dikenali sebagai penyanyi serta pengacara. Beliau juga pernah membintangi beberapa drama popular seperti A Kindred Spirit, Moonlight Resonance dan Come Home Love: Lo and Behold, sekali gus menjadikannya antara ikon hiburan yang masih aktif sehingga hari ini.

Kehadiran figura legenda itu menjadi antara tarikan utama majlis berkenaan yang turut dihadiri rakan perniagaan, tetamu kehormat serta individu berpengaruh dalam dunia gaya hidup dan fesyen.

Majlis dimulakan dengan upacara memotong reben sebelum para tetamu dibawa menikmati pertunjukan koleksi barang kemas eksklusif, persembahan muzik secara langsung serta sesi meneroka ruang butik yang menampilkan identiti dan falsafah Tresor Monde.H.

Menurut pengasas Tresor Monde.H, Harry Chan, setiap rekaan yang dihasilkan bukan sekadar menampilkan nilai estetika, malah membawa makna tersendiri buat pemiliknya.

“Barang kemas bukan sekadar cantik, tetapi juga membawa suatu makna. Setiap pelanggan yang masuk ke butik Tresor Monde.H mempunyai kisah tersendiri, dan kami ingin menzahirkan kisah ini ke dalam barang kemas yang mereka pilih.

“Sama ada memilih daripada koleksi sedia ada mahupun membuat tempahan khas, kami berharap setiap ciptaan menjadi khazanah yang akan terus dihargai, dikenang dan diwarisi,” katanya.

Pembukaan butik baharu ini sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Tresor Monde.H sebagai antara destinasi pilihan bagi pencinta barang kemas mewah yang mengutamakan kehalusan seni pertukangan, layanan yang diperibadikan serta rekaan malar segar yang sesuai untuk diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Nancy SitTresor Monde.H
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Miss Trans World
Spotlight

Miss Trans World Thailand 2019 Kembali Jadi Lelaki Setahun Selepas Raih Mahkota

by Nurul A.
October 14, 2026

Pernah menyandang gelaran Miss Trans World Thailand pada tahun 2019, Trithippnipa Thippaphada yang kini dikenali dengan nama ARM, pernah mencetuskan...

Read moreDetails
Thailand
Spotlight

Luar Biasa! Ratu Thailand Jadi Ratu Pertama Di Dunia Terbangkan Jet Pejuang

by Nurul A.
November 5, 2026

Sememangnya tak dijangka dan sangat luar biasa! Ratu Suthida, Ratu Thailand telah mencipta sejarah sebagai ratu pertama di dunia, yang...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
PAI Anisha Rosnah
Spotlight

Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

by Nurul A.
November 9, 2026

Pengiran Muda Abdul Mateen dan isterinya Pengiran Anak Isteri (PAI) Anisha Rosnah telah mencuri perhatian semasa menghadiri ulang tahun ke-80...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Bapa Terpalit Isu P*rnografi Kanak-Kanak, Meghan Markle Dakwa Tahu Sejak 2018

by Nurul A.
October 26, 2026

Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak....

Read moreDetails
Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara