Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Peluang Buat Anak Muda! Program Gold Preneur CA Prime Gold Sasar Lahirkan 10,000 Usahawan Emas

by Phic ARMAN
July 9, 2026
Share on Facebook

Golongan belia yang sedang mencari peluang menjana pendapatan kini mempunyai satu lagi platform untuk mengembangkan potensi diri apabila CA Prime Gold menerusi CA Academy bakal melancarkan Program Gold Preneur CA Prime Gold.

Inisiatif ini tampil dengan pendekatan unik yang menggabungkan literasi kewangan, keusahawanan emas, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta transformasi digital bagi melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi ekonomi masa hadapan.

Menariknya, program ini bukan sekadar memberi pendedahan mengenai industri emas, malah peserta turut dibimbing dalam pengurusan kewangan, pembangunan perniagaan, pemasaran digital, penggunaan kecerdasan buatan (AI), kepimpinan serta pembangunan kompetensi yang berpotensi membuka laluan kepada pensijilan kemahiran mengikut standard pihak berkuasa berkaitan.

Program Gold Preneur dibangunkan berteraskan konsep 3P iaitu Pelatihan, Penempatan dan Pendapatan, sekali gus memberi peluang kepada peserta memperoleh ilmu, meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan secara mampan.

Penyertaannya terbuka kepada belia, graduan, alumni TVET, usahawan mikro dan kecil, suri rumah, pesara, pekerja sektor awam serta swasta, selain komuniti luar bandar yang ingin menambah sumber pendapatan.

Dalam tempoh lima tahun, program ini menyasarkan untuk melatih 10,000 Gold Preneur di seluruh negara, melahirkan 2,000 usahawan emas sepenuh masa, membina 30 Akademi Gold Preneur, selain memperluaskan laluan pembangunan kompetensi dan pensijilan kemahiran kepada peserta yang layak.

Menurut ketua penganjur, Gold Preneur bukan sekadar program jualan emas, sebaliknya sebuah ekosistem pembangunan usahawan yang menggabungkan pendidikan, latihan, teknologi dan peluang ekonomi.

Beliau berkata, program itu diwujudkan bagi melahirkan usahawan yang memiliki literasi kewangan kukuh, kompetensi profesional serta mampu bersaing dalam ekonomi digital, sekali gus menjadi pelaburan jangka panjang kepada pembangunan modal insan negara.

Pelancaran Program Gold Preneur CA Prime Gold dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem keusahawanan emas yang lebih profesional, inklusif dan mampan di Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
CA AcademyCA Prime Gold
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
LifeXplore

Naik Komuter Waktu Subuh, Netizen Tersentuh Lihat Abang-Abang Solat Berjemaah Dalam Tren

by Phic ARMAN
August 17, 2026

Pernah tak kita terfikir, dalam keadaan mengejar masa untuk sampai ke tempat kerja, bagaimana orang lain memastikan kewajipan tetap dijaga?...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Foto - @nanijismani (Threads)
Sosial Buzz

Wanita Kecewa Tayar Kereta Dicuri, Lebih ‘Frust’ Bila Berlaku Di Parkir Berbayar LRT

by Nurul A.
August 18, 2026

Nampaknya malang tidak berbau apabila seorang wanita, dikenali dengan nama Nani Jasmani, meluahkan rasa kecewanya selepas mendapati tayar keretanya telah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Kalau anda kaki taman tema, roller coaster mesti antara permainan yang paling ditunggu-tunggu. Adrenalin naik, jeritan pun bergema. Tapi bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Foto - @firdaus89 / @abeming8 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”

by Nurul A.
September 15, 2026

Di platform Threads, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan ibu bapa menghadiri sebuah kelas antenatal, telah mencuri perhatian warganet. Apa...

Read moreDetails
Tapak Kaki Pada Popadom
Sosial Buzz

[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli

by Nurul A.
September 9, 2026

Cuba bayangkan, kamu baru nak goreng popadom. Tetapi bila buka bungkusan, terus nampak dengan jelas bekas tapak kaki pada kepingan...

Read moreDetails
Lori Sampah Alam Flora, Bangladesh
Sosial Buzz

[VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

by Nurul A.
August 27, 2026

Sebuah video yang dimuat naik di platform Threads dan TikTok telah mencuri perhatian apabila memaparkan sebuah lori sampah, milik syarikat...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara