Pharrell Williams akhirnya bersuara mengenai kejadian tembakan yang berlaku di Pantai Virginia pada Jumaat, 26 Mac.
via Instagram @pharrell
Sepupunya Mati Ditembak Polis
via Instagram @pharrell
Melalui laman Instagram, Pharrell Williams mendedahkan bahawa sepupunya, Donovon adalah antara yang mati ditembak oleh polis . Artis tersebut turut menyatakan insiden yang berlaku adalah sesuatu “tragedi yang tidak dapat diukur”.
“Kehilangan nyawa ini adalah tragedi yang tidak dapat diukur. Sepupu saya, Donovon terbunuh sewaktu tembakan. Dia adalah ‘sinar’ yang cerah dan seseorang yang sentiasa ada untuk orang lain.”- Pharrell Williams
Mahukan Keadilan
Penyanyi berusia 47 tahun ini menyatakan bahawa keluarganya dan keluarga mangsa lain mahukan keadilan bagi kematian sepupunya.
“Ianya penting untuk keluarga saya dan keluarga mangsa lain mendapatkan ketelusan, kejujuran dan keadilan yang mereka layak. Virginia Beach adalah lambang harapan dan ketabahan, dan sebagai sebuah komuniti, kita akan melalui ini dan akan menjadi lebih kuat.”- Pharrell Williams
via The Sun
Pharrell, 47, menyampaikan penghormatannya setelah Virginia Beach Police Department mengeluarkan pernyataan kemas kini mengenai kematian Donovon.
Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...
September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...
Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....