Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Duit Sendiri Selama Saya Bekerja Balik” – Puteri Sarah Gembira Dapat Beli Kereta Mewah

Pelakon Puteri Sarah berkongsi berita gembira apabila dapat membeli kereta mewah jenama Mercedes Benz dengan hasil titik peluhnya sendiri.

by Arsiqin Yusof
July 29, 2022
Share on Facebook

Pelakon Puteri Sarah berkongsi berita gembira apabila dapat membeli kereta mewah jenama Mercedes Benz dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Usaha Sejak Kembali Bekerja

Menurut Sarah, wang yang digunakan untuk membeli kereta bernilai sekitar RM 250,000 itu adalah daripada usahanya sejak kembali bekerja.

“Okay guys, saya tak sabar nak ambik kereta baru saya. Saya beli dengan hasi duit sendiri ya, duit sendiri selama saya bekerja balik,” katanya dalam sebuah video yang dikongsi di Instagram Story.

Kenalan Ucap Tahniah

Dalam entri berlainan, Sarah turut berkongsi semula entri kenalannya di IG Story yang mengucapkan tahniah kepadanya.

“Siang malam bekerja, akhirnya awak dapat. Atas penat lelah dan titik peluh sendiri. Tahniah Lady Boss!,” tulisnya untuk Puteri Sarah.

Sejak kebelakangan ini, media tempatan sering melaporkan isu kemelut berkaitan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, pengarah Syamsul Yusof.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan gangguan serta pemerasan yang diterima daripada pelakon Ira Kazar.

Selain itu, Puteri Sarah juga pernah mengeluarkan kenyataan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya itu.

Sekadar rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
puteri sarah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    “Okeylah English Dia!” Peminat Puji Hakim Danish Petah Ditemu Bual Media Antarabangsa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara