Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Ramai Tak Tahu! Gold3 Boutique Hotel Di Bukit Bintang Ini ‘Hidden Gem’ Dengan Konsep Kamera Vintaj, Murah & Selesa

by Farah Fatihah
June 27, 2026
Gambar: Instagram @gold3boutiquehotel

Gambar: Instagram @gold3boutiquehotel

83
KONGSIAN
Share on Facebook

Gold3 Boutique Hotel merupakan sebuah hotel butik bertemakan kamera vintaj yang terletak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dikenali dengan konsep penginapan yang moden dan mampu milik, hotel ini menyediakan suasana yang selesa di tengah-tengah kawasan tumpuan pelancong.

Lokasi Strategik Di Tengah Bukit Bintang

Salah satu kelebihan utama Gold3 Boutique Hotel ialah lokasinya yang sangat strategik. Hotel ini terletak hanya beberapa langkah dari pusat beli-belah terkenal seperti Pavilion Kuala Lumpur, Fahrenheit88, Starhill Gallery dan Lot 10. Bagi pengunjung yang gemar membeli-belah, lokasi ini sememangnya memudahkan kerana semuanya boleh diakses dengan berjalan kaki.

Selain itu, Stesen Monorel Bukit Bintang juga hanya kira-kira tiga minit berjalan kaki dari hotel. Ini memudahkan tetamu untuk bergerak ke pelbagai lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur tanpa perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

Bagi pelancong yang ingin meneroka sekitar pusat bandar secara percuma, hentian bas GoKL turut terletak hanya beberapa meter dari hotel.

Konsep Unik Bertemakan Kamera Vintage

View this post on Instagram

Berbeza dengan kebanyakan hotel lain, Gold3 Boutique Hotel mengetengahkan konsep bertemakan kamera dan fotografi.

Idea ini diinspirasikan daripada pengalaman peribadi pengasas hotel yang gemar mengembara tetapi mempunyai kekangan untuk memiliki kamera ketika muda.

Atas pengalaman tersebut, beliau mahu menyediakan sebuah hotel yang menawarkan penginapan selesa dan mampu milik sambil mengetengahkan elemen nostalgia menerusi koleksi kamera daripada pelbagai era. Di setiap sudut hotel, tetamu boleh melihat hiasan dan dekorasi bertemakan kamera klasik yang memberikan suasana unik dan berbeza.

Rekaan dalaman hotel pula menggabungkan elemen kayu, warna emas dan sentuhan vintaj bagi mewujudkan suasana moden tetapi tetap selesa.

Pilihan Bilik Untuk Pelbagai Keperluan

Gold3 Boutique Hotel menyediakan pelbagai jenis bilik yang sesuai untuk keperluan berbeza, sama ada untuk pengembara solo, pasangan, rakan-rakan mahupun keluarga.

Standard Queen Without Window (Bermula Dari RM168)

Gambar: Official Website @Gold3 Boutique Hotel

Bilik ini sesuai untuk pasangan atau individu yang mencari penginapan yang ringkas dan selesa. Dilengkapi dengan satu katil bersaiz queen, bilik ini menawarkan suasana yang tenang tanpa tingkap. Walaupun bersaiz kompak, ia tetap dilengkapi dengan kemudahan asas seperti televisyen LED, Wi-Fi percuma, penghawa dingin dan bilik air persendirian.

Standard Queen With Window (Bermula Dari RM198)

Gambar: Official Website @Gold3 Boutique Hotel

Bagi mereka yang lebih gemar bilik dengan pencahayaan semula jadi, pilihan ini lebih sesuai. Bilik ini dilengkapi dengan satu katil queen serta tingkap yang membolehkan cahaya masuk ke dalam bilik.

Double Decker(Bermula Dari RM158)

Gambar: Official Website @Gold3 Boutique Hotel

Bilik ini direka khas untuk pengunjung yang datang bersama rakan atau mereka yang ingin merasai pengalaman penginapan yang berbeza. Ia dilengkapi dengan katil dua tingkat moden serta kemudahan seperti lampu membaca dan ruang untuk mengecas peranti elektronik.

Deluxe Double (Bermula Dari RM188)

Gambar: Official Website @Gold3 Boutique Hotel

Deluxe Double menawarkan ruang yang lebih selesa dengan satu katil queen bersaiz besar. Bilik ini dihiasi dengan pencahayaan yang nyaman serta dekorasi bertemakan kamera vintaj. Ia sesuai untuk pasangan yang mahukan penginapan yang lebih selesa dan santai.

Deluxe Twin Without Window (Bermula Dari RM188)

Gambar: Official Website @Gold3 Boutique Hotel

Bilik ini dilengkapi dengan dua katil bujang berasingan dan sesuai untuk rakan-rakan atau ahli keluarga yang berkongsi bilik. Walaupun tidak mempunyai tingkap, bilik ini tetap menawarkan suasana selesa dengan kemudahan asas.

Deluxe Twin With Window (Bermula Dari RM218)

Gambar: Official Website @Gold3 Boutique Hotel

Sama seperti versi tanpa tingkap, bilik ini juga menyediakan dua katil bujang tetapi dilengkapi dengan tingkap bagi pencahayaan semula jadi yang lebih baik. Ia sesuai untuk dua orang tetamu dengan harga bermula RM218 semalam.

Superior Triple (Bermula Dari RM288)

Gambar: Official Website @Gold3 Boutique Hotel

Bagi keluarga kecil atau kumpulan tiga orang, Superior Triple merupakan pilihan ideal. Bilik ini dilengkapi dengan satu katil queen dan satu katil bujang. Ruang yang lebih luas memberikan keselesaan tambahan kepada tetamu.

Family Suite (Bermula Dari RM318)

Gambar: Official Website @Gold3 Boutique Hotel

Family Suite ialah pilihan terbaik untuk keluarga atau kumpulan yang lebih besar. Dilengkapi dengan dua katil queen, bilik ini mampu memuatkan sehingga empat orang tetamu dalam satu masa. Dengan ruang lebih luas serta kemudahan lengkap, ia sesuai untuk percutian keluarga.

Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan

Walaupun menawarkan harga yang berpatutan, Gold3 Boutique Hotel tetap menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung.

Antaranya termasuk Wi-Fi percuma, televisyen skrin rata LED, penghawa dingin, peti keselamatan dalam bilik, cerek elektrik, pengering rambut, kemudahan menyeterika, pancuran mandi jenis rain shower serta perkhidmatan pelanggan dan keselamatan 24 jam. Dispenser air turut disediakan di aras dua untuk kegunaan tetamu.

Syurga Buat Pencinta Makanan

Kawasan sekitar hotel ini turut menawarkan pelbagai pilihan makanan menarik. Pengunjung boleh ke Lot 10 Hutong, Food Republic Pavilion atau Jalan Alor yang semuanya terletak dalam jarak berjalan kaki. Pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa boleh didapati dengan mudah di kawasan ini.

Dekat Dengan Pelbagai Tarikan Pelancongan

Antara tarikan popular yang mudah dikunjungi dari hotel ini termasuk Pavilion Kuala Lumpur, KLCC, Aquaria KLCC, Menara Kuala Lumpur, Petaling Street, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Taman Burung Kuala Lumpur, Muzium Negara dan Batu Caves. Kebanyakan lokasi ini boleh dicapai dalam masa sekitar 10 hingga 30 minit.

Gold3 Boutique Hotel sesuai untuk mereka yang ingin menikmati suasana Kuala Lumpur tanpa perlu berbelanja besar untuk penginapan. Gabungan lokasi strategik, konsep unik serta kemudahan lengkap menjadikannya pilihan praktikal untuk pelbagai jenis pelancong.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Bukit BintangGold3 Boutique HotelVintaj
Share33Tweet21SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Galaxy Z Fold8 Ultra ‘Full Mark’! Kamera, Display & Prestasi Diuji Consumer Reports

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Kalau selama ini anda fikir telefon foldable sekadar nampak ‘wow’ bila dibuka dan ditutup, nampaknya teknologi ini sudah pergi jauh...

Read moreDetails
LifeXplore

“12,000 Peminat Memenuhi Arena”- Penganjur Kongsi Makna Kepulangan Avenged Sevenfold

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Membawa masuk kumpulan rock antarabangsa bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi apabila nama tersebut sudah 11 tahun tidak membuat persembahan di...

Read moreDetails
Foto - The Ordinary
Kecantikan

Krim Mata The Ordinary Beri Perbezaan Ketara Pada Bahagian Mata Dalam 30 Minit?

by Nurul A.
September 12, 2026

Jenama penjagaan kulit dari Kanada, The Ordinary memperkenalkan Lacto-PDRN* 4%+B9 Eye Cream, iaitu krim mata yang direka untuk memberikan ketegasan...

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia Kekal Terbaik Dunia Untuk Kali Ke-17, Ada ‘Hadiah’ Menarik Menanti Rakyat Malaysia!

by Phic ARMAN
September 19, 2026

Kalau anda sudah lama menyimpan impian untuk bercuti, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula buka kalendar dan pilih destinasi...

Read moreDetails
Foto - Royal Selangor
LifeXplore

Jejak Warisan, Royal Selangor Ketengahkan Seni Emas Telepuk

by Nurul A.
September 2, 2026

Dahulunya dikhaskan untuk tekstil upacara dan pakaian kebesaran, telepuk merupakan seni tekstil Melayu tradisional yang dibezakan oleh motifnya yang rumit...

Read moreDetails
LifeXplore

TalentCorp Perkenal MyBakat, Himpunkan 3,000 Peserta Dalam Minggu MyBakat 2026

by Phic ARMAN
October 9, 2026

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) memperkenalkan MyBakat sebagai langkah baharu memperkukuh pembangunan bakat tempatan, seiring perubahan ekonomi dan keperluan industri...

Read moreDetails
LifeXplore

Bermula Dengan RM250, Asyraf & Nazrin Kini Bawa Syed Saddiq Bersama Larenme

by Phic ARMAN
September 16, 2026

Bermula dengan RM250, siapa sangka ia akhirnya membawa kepada sebuah agensi yang kini mempunyai lebih 15 kakitangan? Itulah perjalanan Pengarah...

Read moreDetails
LifeXplore

Bo Lingam Umum Codeshare Pertama AirAsia, Istanbul Jadi Jambatan Asia-Eropah

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Kalau dulu nama AirAsia cukup sinonim dengan penerbangan murah dalam Asia, sekarang nampaknya syarikat penerbangan itu sedang memasang impian yang...

Read moreDetails
LifeXplore

[REVIEW] Swiss-Grand Beach Resort Kuantan Kini Berbeza, Pantai Balok Pula Buat Kami Terpaku

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Swiss-Grand Beach Resort Kuantan kini benar-benar berbeza. Kalau anda pernah menginap di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan suatu ketika dahulu, mungkin...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara